Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Video: Jijik! Nasi Goreng...

SEORANG pelanggan restoran mamak di Gelang Patah, Johor Bahru terkejut apabila menu nasi...

Kabinet Setuju Perayaan Budaya...

PUTRAJAYA - Mesyuarat Jemaah Menteri hari ini bersetuju bahawa perayaan berasaskan kebudayaan harus...

Polis Berjaya Tumpaskan ‘Geng...

JERANTUT - Polis menumpaskan kumpulan curi motosikal yang dikenali sebagai Geng Sapak hasil...

ADUN Santan Tumpu Bantu...

PADANG BESAR - Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Santan, Datuk Sabry Ahmad kini banyak memberi tumpuan terhadap memastikan jentera UMNO bergerak...

Muhammad Ziyad Tamatkan Zaman Bujang Jumaat Ini

KUALA LUMPUR – Pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Rio de Janeiro, Brazil, Muhammad Ziyad Zolkefli bakal menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihannya, Zafirah Nasir pada 11 November ini.

Muhammad Ziyad, 26, berkata mereka berkenalan ketika menuntut di sebuah kolej swasta dan beliau tidak menyangka perkenalan singkat itu akan berakhir ke jinjang pelamin tidak lama lagi.

Menurutnya, beliau hanya sempat belajar empat bulan sahaja dan tidak meneruskan pengajiannya di kolej itu kerana mendapat tawaran daripada Majlis Sukan Negara (MSN) untuk menjadi atlet sepenuh masa.

“Perkenalan saya dan Zafirah singkat sahaja, selepas itu saya mencarinya di Facebook dan kami mula berkawan sehingga sekarang.

“Saya bersyukur, tahun ini adalah terbaik buat diri saya dengan pencapaian pingat emas Paralimpik dan perkahwinan saya. Kami bertunang pada 15 November tahun lepas…beliau sangat memahami diri saya,” kata juara acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran) dengan rekod baharu dunia itu, kepada Bernama.

Majlis pernikahan mereka bakal dilangsungkan di rumah keluarga Zafirah di Nilai, Negeri Sembilan pada Jumaat ini dan diikuti majlis persandingan yang diadakan di Putrajaya pada keesokannya manakala majlis di pihak Muhammad Ziyad pula akan diadakan pada 20 November di Kuala Lumpur.

Bagi Zafirah pula, beliau telah mengenali Muhammad Ziyad sebelum menjadi atlet lagi dan menyenangi keperibadian tunangnya itu yang menghormati orang tua dan penyayang.


“Ziyad merupakan seorang yang peramah. Dia tidak sambung pengajiannya kerana mahu menjadi atlet. Saya hanya menyedari beliau seorang atlet paralimpik pada 2014.

“Ibu bapa saya memberitahu saya tentang perkara itu dan kami sekeluarga tidak ada masalah menerimanya dalam keluarga kami,” kata Zafirah, 26.

Zafirah juga yakin Muhammad Ziyad mampu menjaganya dengan baik dan menjadi suami yang bertanggungjawab walaupun sibuk dengan latihan dan pertandingan.

“Bapa Ziyad pernah memberitahu saya, Ziyad adalah seorang yang rajin sejak di sekolah menengah lagi, beliau rajin bekerja dan mencari duit sendiri dan tidak menyusahkan keluarga…saya yakin beliau mampu menjaga saya,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • Ziyad

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori