Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

SPRM Berjaya Lucut Harta...

JOHOR BAHRU : Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini berjaya dalam rayuannya...

100,000 Pemandu Teksi, Uber...

MARAN - Seramai 100,000 pemandu teksi termasuk Uber dan Grab yang bekerja sendiri...

Tragis! Ibu Tinggalkan Anak...

JIKA filem Sunk Into The Womb memaparkan kisah benar kehidupan dua kanak-kanak Jepun yang...

‘Cikgu Bersara, Murid Wajib...

TIDAK lama dahulu, kecoh seketika menerusi media sosial mengatakan tugasan seorang guru adalah...

Muka, Badan Melecur Selepas Makan Ubat Hospital

“HANYA Tuhan yang tahu betapa sakitnya saya,” – demikian yang diluahkan seorang ibu tunggal apabila wajah dan seluruh tubuhnya tiba-tiba melecur selepas memakan sejenis ubat yang dibekal Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu pada 16 Oktober lalu.

Menurut Nor Azliza Nawi, 34, dia sememangnya sudah biasa mendapatkan ubat untuk penyakit sawannya, namun baru-baru ini HSNZ memberikan ubat yang lain untuk penyakit sama.

“Saya memang bergantung kepada ubat sawan sejak usia 15 tahun, namun pada 16 Oktober baru-baru ini, pegawai perubatan HSNZ memberikan ubat lain untuk tujuan itu.

“Ubat itu dimakan separuh saja sebelum ia memberikan tindak balas menakutkan apabila saya muntah berdarah sebelum dibawa ke HSNZ untuk rawatan,” katanya kepada Harian Metro.

Lebih parah, kesan daripada pengambilan ubat itu membuatkan muka dan badannya melecur seolah-olah terkena api.

Susulan kejadian itu, dia kini trauma dan takut mengambil sebarang ubat.


Sementara itu, Pengarah Kesihatan Negeri Dr Muhammad Omar berkata kesan sampingan ubat tersebut berbeza kepada individu.

“Ubat itu bertujuan pencegahan dan merawat, tetapi pada masa sama ia tidak dapat dipastikan kesan sampingan akibat tindak balas yang berbeza mengikut badan individu,” ujarnya yang turut menyifatkan kejadian itu diluar jangkaan.

Tambahnya, pihak hospital akan memberi jaminan rawatan terbaik untuk memulihkan mangsa.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori