Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Zarema Tak Terkesan Tohmahan...

KONTROVERSI yang melanda pelakon, Rita Rudaini dan bekas suami, Aidil Zafuan bersama isterinya,...

Tunku Abdul Jalil Gering,...

Difahamkan ketika ini anakanda kelima Sultan Johor, Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim...

KTMB Sasar 250,000 Pengguna...

KUALA LUMPUR - Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyasarkan 250,000 pengguna tren menjelang...

Pengunjung Imbau Nostalgia Ampang...

KUALA LUMPUR – Suasana suram menyelubungi kompleks Ampang Park di sini apabila kalangan...

Mulut, Pipi Terkoyak Terkena Tombol Pintu Di Sekolah

SEKEPING gambar yang memaparkan seorang murid lelaki cedera dengan keadaan bibir dan pipi kirinya terkoyak kini tersebar menjadi viral menerusi media sosial.

Dalam kejadian Khamis lalu itu, mangsa, Mohd. Haziq Mohammad Nazi dikatakan cedera akibat terkena tombol pintu selepas terjatuh semasa bermain dengan rakannya di dewan sebuah sekolah agama di Taman Kajang Jaya, Kajang.

Insiden yang berlaku kira-kira 4.30 petang itu, mengakibatkan mangsa berusia 10 tahun itu menerima lebih 50 jahitan.

Mulut, Pipi Terkoyak Terkena Tombol Pintu Di Sekolah

Menurut ibu murid berkenaan, Zamila Basir, 34, anaknya memberitahu dia terjatuh selepas ditolak dari belakang ketika sedang bermain berdekatan pintu dewan bersama rakannya.

“Kejadian menyebabkan kaki anak saya tersadung sebelum jatuh mengenai tombol pintu.


“Pihak sekolah menghantar anak saya ke Hospital Kajang dan memaklumkan kejadian kepada saya.

“Haziq menerima lebih 50 jahitan di bahagian luar dan dalam selepas bibir serta pipi terkoyak,” katanya kepada Harian Metro.

Insiden viral ini awalnya dimaklumkan berlaku di Duyong, Melaka. Bagaimanapun dinafikan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka yang memberitahu, tidak menerima sebarang laporan berkenaan kejadian itu. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori