Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Edisi DAP Tipu Rakyat...

PERBELANJAAN Kerajaan Barisan Nasional di Pulau Pinang sepanjang 9 tahun semenjak diperintah oleh DAP,...

Wujud Kesalahan Lain Dalam...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara (AGC) mendapati wujud kesalahan lain yang memerlukan...

Jambatan Sementara Hubung Kampung...

RANAU - Jambatan sementara akan dibina bagi menghubungkan Kampung Mesilou dengan Kundasang selepas...

Melaka Cadang Bina Hospital...

AYER KEROH : Kerajaan Melaka bercadang membina sebuah lagi hospital negeri bagi menampung...

Muslim Best Tawar Peluang Kerja Kepada Bekas Banduan

REMBAU – Pengilang makanan Bumiputera, Muslim Best Marketing (M) Sdn Bhd (Muslim Best) membuka peluang pekerjaan kepada bekas banduan melalui program ‘Peluang Kedua’ dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia.

Pengarah Urusannya, Datuk Sheikh Ahmad Dusuki Sheikh Mohamad berkata sejak kilang Muslim Best mula beroperasi bulan ini di Taman Halal Pedas, dua bekas banduan dari Penjara Gemas dan Jelebu, telah diambil bekerja.

“Kilang kita ada lima iaitu kilang mee segera, biskut atau ‘cookies’, kerepek, air osmosis berbalik dan jus minuman berasaskan buah-buahan dan ketika ini pengeluaran kita masih diperingkat percubaan sebelum dapat dipasarkan dalam tempoh sebulan lagi dan ketika ini masih dalam proses memperoleh pensijilan
Halal dan Analisis Bahaya dan Titik Kawalan Kritikal (HACCP).

Jadi dari semasa ke semasa kita akan ambil lebih ramai pekerja dari kalangan bekas banduan,” katanya.

Bekas banduan akan disaring terlebih dahulu oleh Jabatan Penjara dan seminggu sebelum dibebaskan, mereka akan diberi surat tawaran kerja, kata beliau.

Beliau berkata: “Apabila mereka keluar sahaja dari pintu penjara, akan ada pegawai kita dan pegawai penjara ambil mereka dan hantar terus ke rumah warga binaan yang telah kita sediakan iaitu asrama yang dipanggil sebagai Rumah Kaseh Warga Binaan Zulkifli Omar iaitu sempena nama Ketua Pengarah Jabatan Penjara.”

Sheikh Ahmad Dusuki berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Plak Tan Sri Khalid Abu Bakar dan sumbangan penyaman udara serta dispenser air panas dan sejuk kepada Balai Polis Pedas di sini, hari ini.


Beliau berkata pengambilan kedua pekerja dari kalangan bekas banduan ini akan dilaksanakan pada bulan hadapan dan menjelang Januari depan, seramai 150 bekas banduan berpeluang bekerja di kilang Muslim Best ini.

“Buat permulaan kita akan fokus pekerja dari penjara di Negeri Sembilan tetapi kalau ada dari penjara lain di masa akan datang, kita juga akan beri peluang. Para pekerja ini yang kita panggil sebagai warga binaan memperoleh gaji minimum RM1,000 dengan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Socso
(Pertubuhan Keselamatan Sosial),” katanya.

Dalam usaha menyemarakkan aktiviti kebajikan, Sheikh Ahmad Dusuki berkata POKB akan mengadakan lebih banyak program kebajikan di seluruh negara termasuk melalui program angkat POKB.

“Hari ini Balai Polis Pedas merupakan balai polis pertama yang kita ambil sebagai balai polis angkat… kita ada hospital angkat iaitu Hospital Kuala Krai, Kelantan, 18 sekolah angkat termasuk Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Kajang,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori