Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Wanita Mengaku Tak Bersalah...

Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Kota Kinabalu semalam...

Rezeki Bayi Marrybrown Dapat...

'Bayi Marrybrown' bakal menikmati majlis hari jadi percuma bersama-sama rakan dan saudara-maranya di...

Indonesia, Vietnam Sedia Beri...

JAKARTA - Indonesia dan Vietnam menggesa Malaysia supaya memberikan akses bantuan guaman kepada...

Rumah Perlindungan Khas Lelaki...

KUALA LUMPUR - Cadangan mewujudkan rumah perlindungan khas sebagai penempatan sementara bagi lelaki...

Muzium Perak Taiping Sasar 280,000 Pengunjung Tahun Ini

TAIPING – Lebih 280,000 orang disasar mengunjungi Muzium Perak tahun ini berbanding 260,000 orang tahun lepas, kata Pengarahnya Nor Hanisah Ahmad.

Beliau berkata, pihaknya optimis sasaran itu mampu dicapai dengan wujudnya pameran ‘3D Sepanjang Jalan Kenangan’ berlangsung sejak 15 September lepas hingga 15 September tahun depan.

“Sejak hari pertama pameran diadakan sehingga Isnin lalu (7 Nov) seramai 42,000 pengunjung melawat ke muzium berkenaan.

Saya percaya impak pameran grafik 3D ini tarikan baharu kepada pengunjung khususnya golongan muda yang minat ‘selfie’,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Muzium Perak dibina tahun 1883 merupakan muzium pertama di Malaysia dan muzium terawal dibina di Asia tenggara.

Menurut Hanisah, 19 segmen aplikasi grafik 3D dipamerkan dengan mengetengahkan kehidupan masyarakat antaranya berkaitan zaman prasejarah, perkampungan Melayu, suasana Kopitiam, kebun durian serta tarian naga.


Sementara itu, seorang pelajar Sekolah Menengah King Edward VII di sini Ng Jun Wei, 15, berkata pameran 3D itu sangat bagus dan menarik untuk dikunjungi.

“Pameran ini memberi maklumat mengenai sejarah kehidupan masyarakat zaman dahulu dan saya amat gembira kunjung ke muzium ini” katanya.

Bagi pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Treacher Methodist, Batrisyia Qistina Razally, 15, paparan suasana kehidupan ditampilkan berbeza dengan sekarang dan ia merupakan tarikan pengunjung. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori