KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan selamat berjaya kepada calon yang menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini.
“Kepada calon peperiksaan SPM yang bermula esok, semoga dipermudahkan dan saya doakan agar anda semua berjaya dan cemerlang,” kata Najib dalam catatan di laman Twitternya.
Sebanyak 434,535 calon mendaftar akan menduduki SPM 2016 hingga 6 Disember.
Sebanyak 3,732 pusat peperiksaan akan dibuka di seluruh negara dengan 32,220 petugas peperiksaan dilantik bagi memastikan peperiksaan berjalan lancar. – BERNAMA