Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

Kejayaan Ummi Hajidah Dalam...

KANGAR - Bagi Ummi Hajidah Mohamad Asri, kejayaannya dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia...

Lelaki Parah Ditetak Dengan...

PONTIAN : Polis sedang mengesan dua suspek yang dipercayai terlibat dalam kejadian menetak...

Bekas AG Mohon Mahkamah...

Tommy Thomas telah memfailkan tindakan undang-undang untuk membatalkan laporan pasukan petugas khas berhubung...

Menteri: Larangan Eksport Ayam...

Menteri Pertanian dan Industri Makanan Ronald Kiandee memaklumkan larangan eksport ayam dari negara...

Najib Ucap Tahniah Kepada Pasukan Debat UIAM

KUALA LUMPUR – Kejayaan penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) menjuarai Kejohanan Debat Antara Universiti (Cambridge IV) di University of Cambridge, London, Ahad lepas, telah menarik perhatian Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata senarai lawan yang ditewaskan pendebat dari UIAM itu bukan calang-calang, yang menyaksikan mereka menewaskan pencabar dari University of Oxford serta universiti lain.

“Tahniah UIA Malaysia! #SoaringUpwards,” katanya dalam catatan di laman Twitter hari ini.

UIAM dalam satu kenyataan, berkata pasukan debat universiti itu diwakili pelajar jurusan undang-undang Ameera Natasha Moore dan pelajar jurusan Ekonomi dan Sains Pengurusan Mubarrat Wassey.

Mubarrat juga dinobatkan Pendebat Terbaik Keseluruhan pada kejohanan tersebut.


Kejohanan yang berlangsung pada 18 hingga 19 Nov lepas itu, disertai 100 pasukan daripada seluruh dunia termasuk Harvard University dan Durham University. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori