Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

YDP Agong Perkenan Persempadanan...

PUTRAJAYA - Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan laporan persempadanan semula kawasan pilihanraya yang...

Kerajaan Kaji Mekanisme Terbaik...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan masih mengkaji...

Instafamous Israel ‘Koyak’ Berdepan...

SHAH ALAM - Siaran langsung antara penyanyi rap, Caprice bersama instafamous dari Israel,...

Lelaki Disedut Keluar Dari...

MOGADISHU - Seorang lelaki yang tidak dikenali disedut keluar dari sebuah kapal terbang...

Netizen Bangga Jaringan Faiz Tersenarai 10 Gol Tercantik

KUALA LUMPUR – Gol ‘melanggar hukum fizik’ oleh penyerang Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri yang tersenarai dalam Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menjadi perbualan hangat netizen ketika ini.

Rata-rata netizen bangga terhadap pencapaian yang dianggap bersejarah, malah ada segelintir peminat menyamakan gol itu seakan jaringan yang pernah dilakukan bintang Brazil, Roberto Carlos pada tahun 1997.

Seorang pengguna aplikasi Twitter, @ZareefZubir berkata, “Tahniah! Gol Faiz Subri dicalonkan dalam Anugerah Puskas FIFA sebagai gol tercantik 2016. Terbaik!. Do vote our proud Malaysian guys! (Undilah pemain kebanggaan Malaysia).”

Sementara itu, @muhdarif69 dalam entri akaun Twitter beliau pula meminta rakyat Malaysia secara umum mengundi jaringan Mohd Faiz itu.

“Mohon rakyat Malaysia mengundi gol Faiz Subri ala-ala Roberto Carlos supaya berjaya memenangi Anugerah Puskas nanti,” katanya.

FIFA menerusi lawan sesawangnya, www.fifa.com pada Isnin lepas menyenaraipendekkan 10 gol menarik dari 30 September 2015 sehingga 30 September 2016 untuk Anugerah Puskas FIFA.


Peminat bola sepak tempatan masih berpeluang mengundi melalui laman sesawang rasmi FIFA, www.fifa.com sehingga 2 Disember ini.

Tiga jaringan terbaik yang mendapat undian tertinggi akan melalui proses undian kedua dan pemenang akan diumumkan pada Anugerah Bola Sepak FIFA di Zurich pada 9 Jan depan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori