Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Banjir Di Negeri Sembilan...

Seremban : Banjir yang melanda di tujuh daerah di Negeri Sembilan kini pulih...

Imigresen Kedah Tahan 22...

ALOR SETAR - Jabatan Imigresen Kedah menahan 22 Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)...

Tanah Runtuh: Pemasangan Cerucuk...

HULU SELANGOR - Kerja memasang cerucuk besi bagi memperkukuh tebing tanah yang terjejas...

Suhakam Bimbang Ancaman Ganas...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) bimbang dengan ancaman keganasan...

Ngeri Gerai, Kereta Ditarik Runtuhan Seluas Padang Bola

HULU SELANGOR – “Ketika sedang kemas gerai tiba-tiba saya terdengar bunyi dentuman amat kuat dan bila pusing ke arah bunyi itu, dalam samar-samar saya lihat kereta berhampiran seolah-olah ditarik sesuatu, satu-persatu jatuh ke bawah, ia amat mengerikan”.

Pengalaman itu diceritakan oleh saksi kejadian tanah runtuh di kawasan lereng bukit di Taman Idaman, Serendah di sini, yang berlaku kira-kira 1 pagi Sabtu ketika kebanyakan penghuni sedang tidur.

Pemilik gerai, Normah Ninggal, 48, berkata ketika itu beliau baru selesai berniaga pada 12.30 tengah malam dan sedang mengemas gerai yang terletak di belakang kawasan rumahnya.

“Anak-anak saya berada di gelanggang sepak takraw di sebelah rumah. Saya panggil mereka untuk masuk tidur dan ketika itulah tanah runtuh berlaku,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Katanya dia dan anak-anaknya tergamam saat melihat pokok di belakang rumahnya bergoyang dan merasai tanah mula bergegar sebelum runtuh lalu membentuk sebuah lubang yang sangat luas.

Normah berkata beberapa buah kereta yang diletak berhampiran mulai berpusing sebelum ditarik ke runtuhan besar itu lalu dia dan anak-anaknya yang berumur 16 hingga 25 tahun segera berlari ke bahagian hadapan rumah untuk menyelamatkan diri.

“Ia berlaku sangat pantas…sangat menakutkan kerana tiada tanda-tanda yang jalan atau tanah di kawasan berkenaan retak sebelum ini,” katanya.

Katanya, meskipun gerai masakan panasnya itu turut musnah, beliau bersyukur kerana semua anggota keluarganya selamat dan tiada pelanggan di gerai ketika kejadian berlaku.

Seorang lagi penduduk, Amirul Hakim, 18, berkata beliau terkejut melihat bagaimana kereta dan gerai jatuh satu-persatu ke kawasan runtuhan kira-kira seluas satu padang bola itu.


“Kejadian itu sangat menakutkan, kami dapat dengar pergerakan tanah. Kejadian ini kali pertama berlaku di kawasan Serendah ini,” katanya.

Baca: Tanah Runtuh – Sebuah Gerai, 10 Buah Kereta Musnah

Ngeri Gerai, Kereta Ditarik Runtuhan Seluas Padang Bola

Kejadian tanah runtuh awal pagi tadi itu menyebabkan seorang penunggang motosikal yang dikenali sebagai Mohd Fareez, 21, cedera dipercayai mengalami patah tangan dan kaki dan dihantar ke Hospital Selayang untuk rawatan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul ketika dihubungi Bernama berkata dalam kejadian itu, kenderaan yang diletakkan di tepi jalan dan sebuah gerai makan di kawasan itu jatuh ke lereng bukit berdekatan.

Tinjauan Bernama mendapati pihak polis sudah mengarahkan penduduk di kawasan sekitar kejadian tanah runtuh itu untuk mengosongkan rumah masing-masing manakala jalan utama Taman Idaman telah ditutup.

Difahamkan masih terdapat pergerakan tanah di kawasan itu. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori