Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Penggunaan Plastik Ancam Makanan...

KUALA LUMPUR - Memandangkan Malaysia adalah negara pengguna makanan laut terbesar di Asia...

JDT Dalam Kelompok 450...

KUALA LUMPUR: Juara Liga Super sembilan kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) naik...

Najib Rakam Takziah Kepada...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan rasa simpati...

Wanita Buat Laporan Dirogol...

SEORANG wanita Belanda disabitkan bersalah melakukan zina oleh mahkamah di Doha, Qatar selepas...

Nicol Mara Ke Separuh Akhir Terbuka Wadi Degla

KUALA LUMPUR – Ratu skuasy Malaysia dan pemain nombor tiga dunia, Datuk Nicol David meneruskan aksi cemerlang apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Terbuka Wadi Degla yang berlangsung di Kaherah, Mesir, lewat Selasa waktu tempatan (awal pagi Rabu waktu Malaysia).

Pemain kelahiran Pulau Pinang yang juga pilihan utama kejohanan, bagaimanapun, terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan pemain pilihan kelima, Nour El Tayeb dari Mesir; 6-11, 12-10, 11-8 dan 11-8 dalam perlawanan suku akhir di Kelab Wadi Degla yang berlangsung kira-kira sejam.

Bercakap selepas itu, Nicol berkata beliau gembira dengan kemenangan itu, dan menambah beliau bermain dengan tenang sepanjang perlawanan itu untuk mengalahkan pemain muda Mesir berkenaan.

“Konsistensi saya berbayar hari ini dan saya perlu bermain dengan bersungguh-sungguh kerana anda sudah pasti tidak mahu berada di situ terlalu lama. Saya gembira memenangi perlawanan ini 3-1,” beliau dipetik sebagai berkata dalam laman sesawang kejohanan www.wadideglaworldsquashchamps.com.


Nicol akan bertemu seteru beliau pemain Mesir, Raneem El Welily dalam pusingan separuh akhir pada Jumaat selepas pemain pilihan ketiga itu berjaya mengalahkan pilihan kelapan, Donna Urquhart dari Australia; 14-12, 7-11, 11-3 dan 11-9 dalam satu lagi perlawanan suku akhir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori