Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

3 Pensyarah Antara 8...

PUTRAJAYA — Tiga pensyarah adalah antara lapan peserta yang memperdengarkan bacaan pada malam...

Lelaki Ditahan ‘Tampar’ Muka...

TALLAHASSEE, FLORIDA – Seorang lelaki di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) ditahan selepas...

Anggota Polis Maut Kereta...

BATU PAHAT - Seorang anggota polis maut apabila kereta yang dipandunya bertembung dengan...

Wow, Baju Lofa Inspirasi...

MEMANG tidak dinafikan selebriti bernama Noor Neelofa ini seorang yang cukup bijak berfesyen,...

Nooh Gadut Nyaris Jadi Hero Filem Arahan Jins Shamsuddin

JOHOR BAHRU – Jangan terkejut, bekas mufti Johor, Datuk Dr. Nooh Gadut bukan sahaja terkenal dalam bidang hal ehwal Islam di negara ini sepanjang berkhidmat sebagai mufti hampir sedekad.

Malah, Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) itu sebenarnya hampir-hampir dijadikan pelakon untuk sebuah filem tempatan yang diarahkan oleh legenda seniman veteran terkenal, Tan Sri Dr. Jins Shamsuddin.

Ia didedahkan Nooh, yang secara kebetulan menyambut ulang tahun kelahirannya genap ke-70 ketika menjadi panel sidang pleno sempena Persidangan Antarabangsa Wakaf Johor di Pusat Konvensyen Persada sini pada 7 November.

“Selepas bersara wajib sebagai mufti hampir 10 tahun lalu, saya pernah bincang dengan Jins untuk pegang watak dalam filem arahannya, namun saya berkata, syaratnya saya jadi hero,” katanya selamba dalam nada seloroh.

Pengakuan Nooh secara terbuka itu menyebabkan kira-kira 500 peserta yang mungkin agak kepenatan kerana padat mengikuti persidangan selama dua hari tersebut sejak pagi lagi tidak dapat menahan diri melepaskan ketawa.

Baca: Johor Contoh Peneraju Wakaf Jihad Ekonomi – Jamil Khir

Nooh Gadut Nyaris Jadi Hero Filem Arahan Jins Shamsuddin

Nooh Gadut Nyaris Jadi Hero Filem Arahan Jins Shamsuddin

Nooh Gadut Nyaris Jadi Hero Filem Arahan Jins Shamsuddin

“Bagaimanapun, Jins pula tidak dapat meneruskan projek filem itu kerana berpendapat tema Islam agak jarang dapat jualan baik di pasaran tempatan,” jelas beliau yang menjadi mufti Johor dari 1999 sehingga 2008.


Nooh yang juga Penasihat Agama Islam kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkata demikian ketika membincangkan topik Pembangunan Melalui Tabung Wakaf Johor dan Pengurusan Wakaf Tunai Di Johor.

Dalam pada itu, persidangan berkenaan turut dimaklumkan mengenai tokoh pendakwah terkenal, Datuk Mohamad Kazim Elias yang tidak dapat hadir susulan keadaan kesihatan kurang mengizinkan dirinya sejak Sabtu minggu lalu.

Beliau sepatutnya dijadualkan menjadi panel pertama persidangan dengan membawa tajuk Pengurusan Wakaf Di Malaysia: Pengalaman Pusat Pendidikan Al-Barakah yang diasaskan penceramah itu di Ipoh, Perak sejak 2004.

Peserta persidangan itu sebaliknya menyaksikan rakaman video dokumentari khas mengenai kisah sejarah dan kejayaan pusat pengajian berkenaan yang ditayangkan menerusi skrin gergasi di pentas. – Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori