Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

4 Maut: Polis Syak...

GEORGETOWN: Polis tidak menolak kemungkinan kemalangan melibatkan beberapa buah motosikal di Lebuh Raya...

Isu Jantina: Ada NGO...

SEKUMPULAN pertubuhan bukan kerajaan (NGO) biadab menyelar tindakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)...

DAP Tetap Tunggu Keputusan...

GEORGE TOWN - DAP tetap akan menunggu keputusan PKR dan terus berbincang dengan...

Permohonan Muhammad Shafee Tangguh...

KUALA LUMPUR : Permohonan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah untuk menggantung prosiding...

NUJ Larang Wartawan Buat Liputan Majlis UMNO Pahang

KUALA LUMPUR – Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ) mengarahkan semua wartawan yang bernaung di bawah kesatuan itu supaya tidak membuat liputan semua majlis anjuran UMNO Pahang berkuat kuasa serta-merta.

NUJ dalam satu kenyataan berkata, arahan rasmi NUJ itu akan dihantar kepada semua ketua jabatan dan agensi masing-masing dalam tempoh terdekat.

“Selepas mendengar penjelasan daripada wartawan ditugaskan membuat liputan Konvensyen UMNO Pahang yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah, Jalan Teluk Sisek pada 19 November 2016.

“Susulan penjelasan dan mendengar rakaman audio yang dirakam wartawan bertugas pada majlis itu, maka kami mewakili NUJ dengan ini mengarahkan semua wartawan yang bernaung di bawah NUJ untuk tidak membuat liputan semua majlis anjuran UMNO Pahang,” kata kenyataan itu hari ini.


NUJ berkata, liputan semula majlis UMNO Pahang hanya dibenarkan selepas pihak berkenaan UMNO Pahang membuat permohonan secara rasmi melalui media cetak atau elektronik.

Wartawan di Pahang semalam tidak berpuas hati kerana mereka tidak dibenarkan membuat liputan  Konvensyen UMNO Pahang melibatkan satu sesi tertutup. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori