WASHINGTON DC – Presiden Barack Obama menyampaikan anugerah Pingat Presiden bagi Kebebasan kepada penyanyi legenda, Diana Ross dalam satu majlis di Rumah Putih, di sini pada Selasa.
Ia adalah anugerah tertinggi awam di Amerika Syarikat (AS) yang turut membabitkan bintang sukan, saintis, artis dan dermawan.
“Ini adalah insan yang pernah membantu membentuk diri saya,” kata Presiden AS.
“Semua individu yang berada di atas pentas ini pernah menyentuh jiwa, dan peribadi saya dengan satu kuasa yang amat kuat, cara yang mereka sendiri mungkin tidak dapat bayangkan,” kata Obama.
Selain Ross, turut menerima pengiktirafan itu ialah pelakon, Tom Hanks, Robert Redford, penyanyi Bruce Springsteen, bintang bola keranjang, Kareem Abdul-Jabbar dan pelawak, Ellen DeGeneres. – Agensi/BH ONLINE