Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

RAYANI – DCA Hantar...

PUTRAJAYA - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) akan menghantar notis penggantungan operasi sementara kepada...

Lupa Nama & Identiti...

LELAKI ini memang misteri. Dia tidak ingat nama atau umurnya namun boleh menggodam kata...

Lapan Rumah Musnah Kebakaran...

LAHAD DATU - Kira-kira 40 penduduk tinggal sehelai sepinggang selepas lapan rumah setinggan...

Penumpang MH128 Puji Kru...

SEPANG - Penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH128 dari Melbourne, Australia ke Kuala...

Organ: Dua Individu Serah Diri Kepada Polis

KUCHING – Dua individu dipercayai terlibat memuat naik berita palsu di laman sosial berhubung pembunuhan dua lelaki yang kemudian organ mereka diambil, telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Bau hari ini pada 2.15 petang dan 2.50 petang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, SAC Datuk Dev Kumar berkata kedua-dua individu itu adalah wanita, seorang berusia 18 tahun dari Bau dan seorang lagi berusia 27 tahun dari sini.

“Mereka ditahan untuk siasatan lanjut. Telefon bimbit kedua-dua suspek juga dirampas,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dev berkata Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mazlan Mansor yang bimbang dengan gejala itu telah mengeluarkan amaran mengenai hukuman yang menanti individu yang membuat berita palsu dan menyebarkannya.

“Netizen yang bertanggungjawab menyebarkan berita palsu itu akan menghadapi tindakan undang-undang.


“Ini kerana tindakan mereka telah mencetuskan ketakutan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • organ

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori