Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Tiada Kenaikan Harga Kelengkapan...

KANGAR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis tidak...

Mawar Teruja Puasa Bersama...

SESIAPA yang mengikuti perkembangan pasangan merpati dua sejoli, Mawar Rashid dan Raf Yaakob...

Johor Garis 6 Fokus...

ISKANDAR PUTERI – Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin hari ini...

Anak Peneroka Felda Cipta...

MUADZAM SHAH - "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan" menjadi pegangan...

Paip Pecah: Pancutan Air Mencecah Pencawang Elektrik

SEPANG – Insiden paip air pecah berhampiran tapak pembinaan loji rawatan air Semenyih 2 di Kampung Jenderam Hilir di sini hari ini mengakibatkan air memancut setinggi lebih 30 meter hingga mencecah kabel pencawang elektrik.

Hotline Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan daripada orang awam yang melihat insiden pancutan air berkenaan kira-kira 6 petang dan memaklumkan bahawa Syabas akan melakukan kerja-kerja pembaikan.

Petugas SYABAS yang ditemui pula berkata paip air yang terjejas dipercayai melibatkan saluran paip air bersih dari Putrajaya menuju ke Bukit Mahkota.

Beliau berkata saluran paip air tersebut telah ditutup untuk kerja-kerja pembaikan dan kawasan Bukit Mahkota dijangka mengalami gangguan air buat sementara waktu. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • PAIP

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori