Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

KKM Jejaki 5,000 Peserta...

PUTRAJAYA - Semua Jabatan Kesihatan Negeri kini giat mengesan lebih 5,000 peserta Malaysia...

Sabah Mohon Kuasa Autonomi...

TAWAU - Sabah telah mengemukakan permintaan kepada kerajaan Persekutuan untuk diberikan kuasa autonomi...

‘Meskipun Tewas, Anda Tidak...

SHAH ALAM - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim...

Penceramah Jakim Disiasat Kutuk...

Kuala Lumpur : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan pihaknya sudah memulakan siasatan...

PAN Dakwa Ramai Ahli PAS Sertai Himpunan Bersih 5

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) mendakwa ramai ahli PAS menyertai demonstrasi anti kerajaan Bersih 5 di ibu negara pada 19 November lalu.

Pengarah Komunikasinya, Khalid Abd. Samad mendakwa kononnya ahli PAS terbabit sanggup membelakangi larangan parti mereka supaya tidak menyertai demonstrasi demi Islam.

“Ramai ahli biasa PAS yang tidak boleh menerima sikap berdiam diri parti mereka turut bersama dalam Bersih 5.

“Atas kesedaran dan kefahaman mereka mengenai tugas dan tanggung-jawab mereka terhaap Islam dan negara,” dakwanya yang cuba mengaitkan demonstrasi itu dengan Islam semalam.

Khalid dalam pada itu melahirkan rasa gembira kerana mendakwa terdapat kaum Melayu dalam demonstrasi anti kerajaan tersebut.


Justeru, beliau percaya kaum Melayu akan menumbangkan parti terbesar mereka sendiri iaitu UMNO supaya DAP, PAN, Parti Keadilan Rakyat dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia memerintah negara ini. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori