Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Kit Siang Sepakat Campur...

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS tidak menolak kemungkinan Penasihat DAP, Lim Kit Siang...

1MDB: Kerajaan Ambil Berat...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan mengambil berat dan menghormati titah Majlis Raja-Raja berhubung...

3 Bandar Dipilih Sebagai...

SHAH ALAM - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah mengenal pasti tiga bandar...

Hakim Gantung Larangan Niqab...

TORONTO - Hakim Kanada, semalam menggantung sebahagian daripada undang-undang Quebec yang melarang penduduk...

PAN Kata Kecewa Dengan Orang Melayu

KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) menzahirkan rasa kecewa parti itu terhadap respons kaum Melayu ke atas isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Presidennya, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu mengakui orang Melayu kurang sensitif ke atas isu 1MDB kerana ia tidak memberi kesan secara langsung ke atas mereka.

“Saya sedikit kecewa terhadap sebahagian rakyat negara ini khususnya orang Melayu bumiputera kerana sensitiviti sama tidak terasa kepada Isu 1MDB.

“Saya masih hairan dengan sikap sebahagian rakyat negara kita. Barangkali kerana kesan 1MDB tidak dilihat menimpa individu rakyat secara langsung, maka sensitifnya kurang.

“Saya tidak kisah jika ia hanya melibatkan rakyat yang kurang paham tetapi malangnya pemimpin-pemimpin politik dan badan bukan kerajaan (NGO) juga serupa,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mat berkata, PAN bagaimanapun berasa lega kerana mendakwa ramai rakyat Malaysia membidas kerajaan di media sosial berikutan kenaikan harga petrol dan diesel baru-baru ini


Justeru, katanya, PAN berterima kasih kerana rakyat menjadi begitu sensitif dengan perkara tersebut.

“Saya berasa lega dan berterima kasih kepada rakyat Malaysia apabila rata-rata mereka begitu sensitif dengan pengumuman kenaikan harga bahan api dan minyak masak.

“Luahan di media-media sosial sama ada secara jelas dan sinis menunjukkan rakyat negara ini sedar akan kesannya,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori