Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Jabatan Agama Disaran Kerjasama...

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam disaran supaya bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia...

Gambar Puteri Disney Versi...

SIAPA yang tidak gemar dengan kartun keluaran Walt Disney terutamanya watak puteri raja...

Kesal Ibu Bapa Beri...

KUALA LUMPUR - Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin...

GAMBAR: Marsha Di Malam...

MARSHA Milan Londoh, 30, sebelum ini telah tampil mengaku bahawa dia sudah pun...

Parti `Bersih’ Ada Agenda Tersembunyi – PAS

KUALA LUMPUR – Tiada parti politik dalam negara ini boleh mendabik dada sebagai sebuah parti yang `bersih’.

Setiausaha Agungnya, Takiyuddin Hassan berkata, parti yang sering mendakwa mereka `bersih’ sebenarnya tidak begitu bersih.

“Semua parti tidak harus mendabik dada sebagai parti yang bersih kerana sebahagiannya mempunyai kelemahan yang nyata.

“Rakyat mula nampak agenda tersembunyi mereka di dalam negara ini,” tegasnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau dipercayai merujuk kepada parti-parti pembangkang yang akan menyertai demontrasi Bersih 5 di ibu negara.

Takiyuddin dalam pada itu mengingatkan parti-parti terbabit supaya tidak menguji kesabaran PAS yang mempunyai 1 juta ahli.


Kata mengingatkan pimpinan PAS waktu ini masih lagi mampu mengawal dan mendisiplinkan ahli-ahli PAS terbabit.

Tegasnya, PAS berada dalam arus perdana politik negara sejak tahun 1955 di atas prinsip asas Islam.

Kumpulan anti kerajaan dan parti pembangkang merancang untuk mengadakan perhimpunan Bersih 5 secara besar-besaran pada bulan ini.

Penganjur Bersih 5 mendakwa perhimpunan itu kononnya bagi memperjuangkan rakyat, namun umum mengetahui ia sebenarnya satu strategi politik untuk memenangkan pembangkang.

Sebilangan pihak dalam negara melahirkan kebimbangan Bersih 5 sebenarnya bertujuan menumbangkan kerajaan melalui rusuhan jalanan seperti yang berlaku di negara-negara arab. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori