Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

Sikap Azwan Ali Bukan...

BERIKUTAN episod kontroversi yang melanda figura bergelar Diva AA, iaitu Azwan Ali dua...

Zahid Ucap Tahniah Calon...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari...

Berani..Marc Jacob Mengaku Tersilap...

DUA hari lalu isu gambar bogel pereka fesyen antarabangsa, Marc Jacobs yang tersebar...

Saman RM300 Untuk 6...

SAMAN maksimum RM300 serta-merta akan dikenakan terhadap pengguna jalan raya yang melakukan enam...

PAS Nasihat Anak Muda Tidak Terkeliru Kerana Mahathir

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta golongan muda supaya tidak terkeliru dengan perjuangan yang sedang dibawa oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad demi kepentingan peribadinya.

Ketuanya, Nik Mohamad Abduh Nik Nik Abdul Aziz berkata, Mahathir yang kini mengetuai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) untuk bersengkongkol dengan Pakatan Harapan yang diketuai DAP sebenarnya terkurung dalam `gunung-ganang kezaliman’ yang dilakukannya dulu.

“Tun Mahathir kini terkurung di dalam gunung-ganang kezaliman yang dilakukannya dulu. Dia berusaha untuk keluar daripada bebanan lampaunya itu dengan cuba menutup laluan rata di celah lerengan yang dibina PAS sejak sekian lama.

“Adakah itu caranya? Memaksa laluannya yang kabur dan hilang?,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pakatan Harapan kini menjalin kerjasama longgar dengan PPBM bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada kerana masing-masing mempunyai agenda dan kepentingan sendiri.


Justeru, Nik Mohamad Abduh meminta golongan muda negara ini supaya tidak terkeliru dengan agenda Mahathir sebaliknya kembali kepada tikar sejadah iaitu pintu kepada keluasan hidup dan kejayaan yang kekal.

“Saya doakan anak muda dengan pekerjaan yang halal dan kekayaan yang diberkati. Dengannya, semoga semua dapat selalu ke kota Mekah bersujud, bertaubat dan mengukuh azam memacu perjuangan membina Malaysia yang diredhai Allah,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori