Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

MH17: Malaysia Tak Akan...

KUALA LUMPUR - Malaysia tidak akan berganjak dalam usahanya untuk memastikan mereka yang...

Nostalgia: Iklan MAS Cari...

MASUK tahun ini, Syarikat Penerbangan Malaysia atau Malaysia Airlines (MAS) kini sudah berusia 43 tahun.Ini merupakan...

Pro-Mahasiswa Kuasai Pilihan Raya...

KUALA LUMPUR - Kumpulan pro-mahasiswa mencatat kemenangan besar dalam Pilihan Raya Kampus Universiti...

Trend Baru Di Afrika...

Afrika Selatan - Trend wanita merogol lelaki semakin meningkat di Afrika Selatan dengan...

PAS Saran Kaji Semula Sistem Apungan Harga Petrol

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyarankan kerajaan mengkaji semula sistem apungan harga runcit petrol sedia ada bagi mencari kaedah dan sistem baharu yang lebih sesuai bagi menetapkan harga runcit petrol.

Naib Ketuanya, Ir. Khairil Nizam Khirudin berkata, sistem apungan harga petrol untuk jualan runcit yang diguna pakai sekarang mengelirukan dan menimbulkan keresahan orang ramai setiap kali berlaku turun naik harga runcit petrol.

“Kekerapan kenaikan dan penurunan yang berlaku banyak menyebabkan rantaian kenaikan harga barangan serta perkhidmatan yang menimbulkan keresahan rakyat.

“Setiap kali berlaku kenaikan harga runcit petrol, akan ada rantaian kenaikan harga berlaku seperti kenaikan harga barangan keperluan dan perkhidmatan.


“Namun apabila berlaku penurunan harga, tiada langsung berlaku penurunan harga barangan dan perkhidmatan yang dinaikkan sebelumnya (oleh peniaga),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Jelas Khairil Nizam, laedah pengapungan terkawal itu hanya langkah sementara memandangkan harga pasaran minyak dan ekonomi dunia kini tidak lagi menentu dan tidak ada tanda-tanda ia akan berakhir dalam masa terdekat. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori