Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

LIMA17: Najib Sempurnakan Penamaan...

LANGKAWI - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menamakan sebuah...

Plus Beri Rebat 30%...

PETALING JAYA - Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan memberi rebat tol sehingga 30...

APM Pastikan Minda Rakyat...

SANDAKAN - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang ditugaskan di dalam Zon Selamat...

Teroka Peluang Baharu Di...

KUCHING - Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari mempelawa masyarakat serantau dan antarabangsa...

PAS Simpati Dah Lanjut Usia Tapi Masih Tabiat Buruk

KUALA LUMPUR – Pemimpin PAS Idris Ahmad berkata beliau bersimpati dengan individu yang telah lanjut usia dan uzur tetapi masih belum insaf dengan kehidupannya.

Katanya, individu berkenaan sepatutnya bersyukur kerana Allah S.W.T masih memberi peluang kepadanya untuk bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

“Saya cukup simpati apabila melihat gelagat gaya dan tulisan mereka yang sudah lanjut umur dan uzur, tetapi masih tidak insaf untuk berhenti dengan tabiat buruk.

“Sepatutnya kita bersyukur, kerana Allah masih sayang dengan memberi isyarat terlebih dahulu supaya kita kembali ke pangkal jalan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Idris dipercayai membuat kenyataan itu bagi merujuk tingkah laku bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang kini bersengkongkol dengan DAP dan Pakatan Harapan.

Mahathir yang telah berusia lebih 90 turut menyertai demonstrasi anti kerajaan Bersih 5 di ibu negara pada 19 November lalu yang didominasi kaum Cina.


Mahathir bertindak demikian gara-gara berdendam dengan UMNO dan Presiden parti terbesar kaum Melayu itu, Datuk Seri Najib Tun Razak

Ia ekoran usahanya mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya Datuk Seri Mukhriz masing-masing sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri baharu sebelum ini gagal. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori