Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Bahasa Melayu Jambatan Satukan...

PUTRAJAYA - Bahasa Melayu harus difahami oleh setiap rakyat di negara ini sebagai...

Pelbagai Teori Warnai Perit...

KUALA LUMPUR - Diculik Alien, disembunyikan di Diego Garcia, terdampar di Segitiga Bermuda,...

Ahmad Maslan Buat Bajet,...

DARI satu isu bersambung pula dengan isu yang lain, figura bernama Datuk Ahmad...

Speaker DUN Sarawak Tolak...

KUCHING - Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar...

Pasang Cangkuk Belakang Badan Buat ‘Bungee Jump’

NGERI dan tidak masuk akal, seorang wanita sanggup membahayakan nyawa dengan melakukan aksi terjunan bungee hanya beralaskan cangkuk abah-abah keselamatan pada belakangnya.

Wanita yang tidak diketahui identitinya itu dirakam membuat terjunan itu dari sebuah jambatan yang tidak dinyatakan lokasinya.

Difahamkan wanita berkenaan merupakan salah seorang anggota kumpulan dikenali sebagai The Sinner yang berpusat di Konakovo, Rusia.

Pasang Cangkuk Belakang Badan Buat 'Bungee Jump'

Malah menurut kepercayaan kumpulan terbabit, setiap ahli yang mahu melakukan aksi terjunan berbahaya itu perlu ‘melengkapkan’ diri mereka dengan menanam empat batang besi kecil pada belakang mereka.

Ianya bertujuan memudahkan cangkuk abah-abah keselamatan dipasang terus pada tubuh mereka.


Dalam klip video berdurasi satu minit yang dikongsi sebuah laman antarabangsa, wanita berkenaan sedikit pun tidak mempamerkan rasa gusar akan keselamatannya malah dilihat teruja melakukan terjunan itu.

Menerusi klip yang sama, seorang lelaki dirakam melakukan ‘flying fox’ dengan hanya melekatkan cangkuk abah-abah keselamatan pada kulit di belakang badannya.

The Sinner dipercayai diasaskan oleh sepasang suami isteri iaitu Stanislav Aksenov dan Elena sejak tahun 2008. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori