PASIR MAS – Pasangan suami isteri yang melarikan seorang bayi perempuan di hospital Tanah Merah minggu lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menculik.
Ahmad Abdul Muizz Abdul Halim, 26 dan isterinya, Nur Rashedah Che Faizo, 23 dibicarakan dihadapan Hakim Dazuki Ali atas kesalahan bersama-sama menculik seorang bayi perempuan berusia lima hari yang belum diberi nama di Wad 2 Kanak-kanak, pada jam 6.47 petang.
Kaitan:Ā Bayi 5 Hari Diculik Di Hospital Tanah Merah Ditemui
Lapor Harian Metro, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan jika disabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Idham Abdul Ghani, manakala pasangan berkenaan tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 22 Disember depan untuk sebutan semula kes dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.
Dalam kejadian 15 November lalu, Mohd Ihtisyamuddin Mohd Asri, 29 dan isterinya, Siti Norbaiti Bahanaharing, 26, terkejut apabila mendapati bayi mereka yang baru berusia lima hari hilang dari hospital.
Bagaimanapun, hasil tindakan pantas pihak polis, bayi mereka berjaya ditemui semula di Alor Hijau Bukit Tanah, Selising.
Ekoran kejadian,Ā Ā Ithisyamuddin dan isterinya mahu mengambil tindakan saman terhadap pihak hospital kerana didakwa cuai hingga berlakunya kejadian yang tidak dingini itu. – MYNEWSHUB.CC