Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Kabinet Baharu Bergerak Sebagai...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail...

PRK: BN Kekal Tanjung...

LUNDU - Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu...

Mesir, Maghribi Haramkan ‘Exodus:...

London - Mesir dan Maghribi mengharamkan filem epik ‘Exodus: Gods and Kings,’ yang...

YB ‘Gila Kuasa’ Larang...

DI SAAT berpuluh-puluh ribu mangsa banjir bergelut dengan situasi sukar, masih ada pihak yang...

Pasangan ‘Buli’ Penguat Kuasa MBSA Dicekup

Sepasang lelaki dan wanita yang didakwa mengganggu seorang anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerana mengeluarkan saman, akhirnya ditahan polis selepas video mereka melakukan perbuatan itu tersebar di laman sosial.

Penahanan tersebut disahkan oleh Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Supritenden Dr. Abdul Aziz Awang Darus pada pagi Jumaat.

“Mereka berjaya ditahan dan kes itu dirujuk kepada timbalan pendakwa raya awam untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan pasangan itu akan didakwa di Mahkamah Shah Alam mengikut Seksyen 183 Kanun Keseksaan kerana mengganggu tugas penjawat awam.

Klip video berdurasi dua minit yang menunjukkan seorang anggota penguat kuasa wanita MBSA didakwa dikasari seorang lelaki dan pasangannya menjadi viral menerusi laman media sosial.

Dalam video itu, pasangan itu dlihat cuba menghalang tugas anggota penguat kuasa wanita itu termasuk menarik pakaian dan mengepungnya.

untitled

Berlaku sedikit pergelutan ketika pegawai wanita itu cuba meninggalkan pasangan tersebut tetapi dihalang lelaki berkenaan sambil mengambil gambar mangsa.


Mangsa turut kedengaran mendapatkan bantuan daripada rakan sekerjanya yang cuba meleraikan keadaan.

Di akhir video tersebut, seorang lelaki yang memakai topi keledar berwarna merah dilihat cuba membantu dua pegawai berkenaan.

Rakaman tersebut berakhir selepas pegawai MBSA itu berjaya melepasi halangan pasangan berkenaan.

Difahamkan insiden tersebut berlaku di Bukit Rahman Putra dekat Sungai Buloh disebabkan pasangan berkenaan tidak berpuas hati disaman anggota penguat kuasa itu. – mStar Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori