Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Penduduk KL Mula Terima...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 1.7 juta penutup hidung dan mulut mula diedarkan secara...

Pahang Perlu Guna Akta...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Pahang perlu merombak sistem bekalan air mentah negeri itu...

Makin Biadap! DAP Hina...

KURANG ajar dan biadap. Tindakan DAP menyebarkan video klip dengan mesej antikerajaan ketika...

Ahli Perniagaan ‘Belanja’ Minyak...

KUANTAN - Kalangan penunggang motosikal tidak melepaskan peluang mendapatkan petrol percuma di Stesen...

Pasangan Kembar Antara Calon Cemerlang UPSR

KANGAR – Pasangan kembar seiras Anis Sofiah Zolkharnain dan Anis Solehah Zolkharnain merupakan antara 45 pelajar di negeri ini yang berjaya mendapat keputusan semua A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Budriah, Arau di sini mengaku mereka hanya memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas dan tidak mengikuti mana-mana kelas tambahan di luar.

“Ketika sesi pembelajaran di sekolah, saya dan adik (Anis Solehah) akan beri tumpuan sepenuhnya, apabila balik ke rumah, kami membuat ulang kaji serta latih tubi tanpa menghadiri mana-mana tuisyen di luar.

“Dengan bantuan guru di dalam kelas pun sudah mencukupi untuk kami memperoleh keputusan cemerlang dalam UPSR, syukur,” kata Anis Sofiah ketika ditemui pemberita selepas menerima sijil kecemerlangan daripada Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis Izmi Ismail di sini, hari ini.

Pasangan kembar berkenaan merupakan anak keempat dan kelima pasangan Zolkharnain Abidin, 49, guru agama di Jalan Rani Estet, Arau dan suri rumah, Basniza Abu Bakar, 47, yang bercita-cita melanjutkan pelajaran tingkatan satu di Sekolah Berasrama Penuh (SBP).

Kejayaan dua abang dan seorang kakak kami yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dan Arau serta Sekolah Alam Shah mendorong kami untuk mengikut jejak langkah mereka, kata Anis Sofiah.

Sementara itu, bapa mereka Zolkharnain ketika dihubungi Bernama turut melahirkan rasa syukur atas kejayaan dua anak kembarnya itu.


“Saya bersyukur atas kejayaan anak kembar saya ini kerana mereka berdua hanya mengharapkan sepenuhnya pertolongan guru SK Tengku Budriah untuk mengajar dan mendidik mereka selain berdoa kepada Allah untuk kejayaan anak-anak saya.

“Saya harap kejayaan dalam UPSR ini akan menjadi titik mula kepada kedua-dua mereka untuk terus konsisten berjaya dalam pelajaran hingga Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kelak,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Perlis Izmi Ismail ketika ditemui pemberita berkata daripada 3,805 calon yang mengambil UPSR tahun ini, terdapat 135 orang murid atau 3.64 peratus memperoleh gred E dalam semua mata pelajaran.

Sepuluh sekolah terbaik dalam UPSR di Perlis pada tahun ini adalah SK Seri Indera, SK Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Perlis, SK Paya, SK Putra, SK Sena, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chin Hun, SK Behor Empiang, SJKC Padang Besar (Utara), SK Stella Maris dan Sekolah Agama Al Islahiah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori