Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

APMM Tahan Bot Nelayan...

KUCHING - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sarawak menahan sebuah bot nelayan...

Netizen Suruh Adik Hanis...

ANDA mungkin menggemari kartun animasi kanak-kanak Boboiboy, tapi anda tahu tak siapa sebenarnya...

Kumpul Setem Satu Pelaburan...

MENGUMPUL setem sering kali dipandang sebagai satu hobi yang agak membosankan bagi sesetengah...

Matrade Dan MPRC Anjur...

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) dengan kerjasama Malaysia Petroleum...

Pasar Raya Rugi Kira-kira RM23,000 Akibat Disamun

KUANTAN – Dua juruwang di sebuah pasar raya di Jalan Kuantan-Pekan di sini berdepan detik cemas selepas diacukan sepucuk pistol, parang dan kapak oleh lima penyamun bertopeng pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Salleh dalam kejadian 9.30 pagi itu pasar raya berkenaan turut kerugian kira-kira RM23,000 setelah kesemua suspek yang menyamar sebagai pelanggan pada mulanya itu mengarahkan mangsa menyerahkan semua wang yang ada dalam mesin juruwang itu kepada mereka.

“Mangsa yang ketakutan melihat suspek tersebut terus menyerahkan semua wang berkenaan sebelum suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta Proton Waja berwarna kelabu,” katanya kepada pemberita hari ini.

Abdul Aziz berkata bagaimanapun mangsa gagal mengenal pasti nombor pendaftaran kereta dinaiki suspek berkenaan berikutan kejadian berlaku begitu pantas sebelum mangsa menghubungi majikan untuk meminta bantuan.


Beliau berkata siasatan awal mendapati mangsa mendakwa suspek mengeluarkan sepucuk pistol, dua parang dan satu kapak serta mengacu senjata berkenaan kepada juruwang itu sambil mengugut mereka.

Sehubungan itu, katanya polis masih giat mengesan kesemua suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun bersenjata. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori