Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

TPM Ke UK Eratkan...

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi...

PAC & Isu 1MDB:...

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Kit Siang menafikan beliau menuduh Yang Dipertua...

Abdul Amzar Berat Hati...

ALOR SETAR - Pelajar Malaysia yang ditemui lemas di Tasik Karapiro, New Zealand...

Muzik Video Rasmi ‘Pejamkan...

BERITA baik bagi peminat lagu Pejamkan Mata dendangan Dayang Nurfaizah dan rapper tersohor...

Pasar Raya Diserbu Simpan Barang Kawalan Tanpa Lesen

KUCHING – Sebuah pasar raya yang dipercayai menyimpan barang kawalan di tempat yang tidak dilesenkan dan menjualnya kepada warga asing diserbu dalam satu operasi di Serian semalam.

Hasil siasatan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak mendapati bekalan gula pasir kasar dan minyak masak sawit yang dibawa keluar menerusi Kompleks Imigresen, Kastam dan Kuarantin (CIQ) Tebedu diperoleh dari pasar raya tersebut.

Timbalan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Negeri Sarawak Abdul Hafidz A Rahim berkata bertindak hasil maklumat, sepasukan enam pegawai penguat kuasa KPDNKK telah menyerbu pasar raya tersebut.

“Hasil serbuan kira-kira 1.30 tengah hari itu kita dapati pasar raya itu menyimpan gula pasir kasar berjumlah 2,515 kilogram dan minyak masak sawit berjumlah 595 kilogram di tempat yang tidak dilesenkan oleh KPDNKK,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata hasil operasi hampir lima jam itu, pihaknya mendapati pasar raya itu telah melakukan kesalahan mengikut Seksyen/Peraturan 3(1) Peraturan-peraturan Kawalan Bekalan 1974 Akta Kawalan Bekalan 1961.

“Pemilik premis ini ada didakwa dalam tempoh terdekat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961. Pihak pemborong yang didapati membekalkan minyak masak dan gula kepada pasar raya ini juga akan disiasat,” kata Abdul Hafidz.


Jika sabit kesalahan, denda bagi orang perseorangan adalah RM1 juta atau penjara tiga tahun atau kedua-dua sekali dan kesalahan berikutnya adalah denda RM3 juta atau lima tahun penjara atau kedua-dua sekali.

Bagi syarikat atau badan korporat, denda bagi kesalahan pertama adalah RM2 juta dan kesalahan berikutnya adalah RM5 juta.

Abdul Hafidz yang juga Ketua Penguat Kuasa KPDNKK negeri berkata pemeriksaan akan dijalankan secara berterusan di semua peringkat perniagaan, bandar dan luar bandar seperti pengilang/pengeluar, pembekal, pengedar, pengimport, pasar raya dan kedai runcit bagi memastikan bekalan kepada pengguna di negara ini tidak terjejas.

“Sebarang maklumat dan aduan boleh disalurkan kepada KPDNKK melalui e-mail ke [email protected]; talian bebas tol: 1-800-886-800 atau mana-mana pejabat KPDNKK di seluruh negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori