Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Trump Akui Enggan Bertemu...

NEW YORK - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump semalam mengesahkan keengganan beliau...

“Kenapa Kongsi Posting Dari...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak telah menunjukkan bukti “page history –...

Shabery Cheek Juga Lompat...

Tidak membayar yuran penyertaan tadi adalah simbol penerimaan kembali mereka yang dihalang 8 tahun sebelum itu.

KJ Sifat Kes Zahid...

BONGKAR... Khairy Jamaluddin menyifatkan pertuduhan dibuat terhadap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad...

Pastikan Kenderaan Ada Kunci Tempat Duduk Kanak-Kanak

SEREMBAN – Kerajaan akan memastikan semua kenderaan penumpang di Malaysia mempunyai kunci tempat duduk kanak-kanak, sebelum mewajibkan penggunaan kerusi keselamatan itu, atau Sistem Sekatan Kanak-Kanak (CRS), menjelang 2019.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata mulai tahun ini, kementerian mewajibkan semua pengeluar kereta di Malaysia dan kereta import supaya mempunyai kunci tempat duduk kanak-kanak di dalam kereta.

“Sebelum saya boleh mewajibkan (penggunaan) tempat duduk kanak-kanak, saya perlu pastikan semua kenderaan di Malaysia mempunyai kunci tempat duduk kanak-kanak, jadi ia dapat mengikat tempat duduk itu dan menguncinya di dalam kereta.

“Tetapi pada masa ini, ada beberapa kereta, terutamanya model lama tidak mempunyai kunci tempat duduk kanak-kanak ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kursus Tahap 1 dan 2 dalam Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih Enam Set Kereta di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi CKM Landas MRO Sdn Bhd Datuk Hamzah Md Rus dan Ketua Program Kerjasama Industri dan Penempatan CRRC Zhuzhou Locomotive Co. Ltd, Chen Wanming.

Liow berkata kerajaan memberi tempoh sehingga 2019 untuk memberi masa kepada pemilik kereta memasang kunci tempat duduk kanak-kanak pada kereta masing-masing.


“Saya tahu ada gesaan buat sesetengah ibu bapa dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat supaya ia dimulakan lebih awal.

“Tetapi pada masa yang sama, saya menggesa pengeluar kunci tempat duduk kanak-kanak agar harganya lebih murah kerana kosnya sendiri adalah tinggi sekarang.

“Kami sedang berusaha ke arah itu untuk memudahkan orang ramai membeli kunci tempat duduk kanak-kanak,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • CRS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori