Monday, October 28, 2024

Creating liberating content

BN Lancar Manifesto Bagi...

BUKIT MERTAJAM - Barisan Nasional (BN) hari ini melancarkan manifestonya bagi pilihan raya...

Kluster Baharu Covid-19 Di...

PUTRAJAYA - Kluster Batu, Perak dan Kluster Ramai-Ramai, Sabah merupakan kluster wabak koronavirus...

“Menyesal.. Dah La Jauh...

ITULAH antara kata-kata pengunjung yang datang bersama keluarga ke Sipadan Mangrove Resort, Sungai...

Kualiti Bukan Kuantiti –...

MANCHESTER United mensasarkan untuk membawa masuk tiga atau empat pemain berkualiti menjelang jendela...

MUST Bomba Sedia Gerak 7 Pesawat & 540 Kekuatan

MARANG – Pasukan Multi-Skill (MUST) dari Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sedia mengaktifkan tujuh helikopter dan 540 anggota serta pegawainya sekiranya banjir berlaku bila-bila masa dari sekarang terutamanya di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Udara JBPM, Mohd. Yunos Abu Hassan berkata aset dan anggota MUST akan diaktifkan serta merta apabila menerima arahan atau permintaan daripada Pengarah Bomba Negeri bagi menjalankan operasi dan misi bantuan kepada mangsa banjir.

“Pasukan yang ditubuhkan sejak tahun 1998 ini akan bertindak sebagai pasukan sokongan di mana jika ada kawasan terputus hubungan dan tidak boleh diakses oleh kenderaan darat mahupun air pasukan ini akan dikerahkan bagi membantu mangsa banjir.

“MUST juga mampu memberikan rawatan awal kepada mangsa bencana yang mengalami kecederaan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kepada pemberita selepas Majlis Pentauliahan Kursus Asas MUST di Akademi Bomba Wilayah Timur, Wakaf Tapai, di sini,hari ini.

Pada majlis itu 23 pegawai dan anggota dari seluruh negara berjaya menamatkan latihan pasukan MUST yang dijalankan selama tiga minggu.


Mohd Yunos berkata pada tahun sebelum ini MUST digerakkan bagi memberi bantuan di negeri Kelantan ekoran banjir besar yang melanda dan banyak kawasan terputus hubungan sehingga ada laluan tidak mampu dilalui bot dan jentera.

Setakat ini katanya tujuh pesawat yang akan digunakan MUST berpangkalan di Subang, Selangor; Miri, Sarawak dan Bertam, Pulau Pinang yang sedia untuk diterbangkan sekiranya keperluan mendesak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori