Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Cadangan Tutup MARACorp Khianati...

SHAH ALAM - Cadangan menutup MARACorp perlu dikaji semula kerana dilihat mengkhianati agenda...

Pendakwaan Panggil Dua Saksi...

KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan dalam perbicaraan kes peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah...

Masalah Kesihatan Tak Halang...

KUALA LUMPUR - Meskipun mengalamai masalah sakit tekak yang sedikit menjejaskan mutu suara,...

KKM Beri Input Berkenaan...

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membentangkan input perubatan dan saintifik mengenai virus...

Patuh Kepada Pemimpin Faktor Utama UMNO Bertahan

KANGAR – Prinsip patuh kepada pemimpin merupakan faktor utama UMNO mampu bertahan ketika dilanda pelbagai badai dan masalah, kata pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim.

Bercakap kepada Bernama di sini, beliau berkata anggota UMNO harus menerima hakikat bahawa tindakan melawan arus hanya memecahbelahkan perpaduan dan keutuhan parti.

“Anggota parti harus mengikut kehendak majoriti dan mengenepikan kepentingan diri….kemunculan parti serpihan seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) pula seharusnya ‘mengikat’ dan merapatkan lagi penyokong UMNO,” katanya.

Shahidan yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO berkata Perhimpunan Agung UMNO 2016 yang akan bermula Selasa ini perlu menjadi platform untuk UMNO mencari jalan keluar supaya PPBM tidak menjadi ‘duri dalam daging’ kepada parti itu pada pilihan raya umum ke-14.

“Perhimpunan Agung UMNO bermula Selasa ini hingga 3 Disember depan adalah peluang terbaik untuk kepimpinan tertinggi parti memulihkan keyakinan anggota parti menjelang pilihan raya umum akan datang,” katanya.

Menyentuh agenda yang akan dibawakan oleh UMNO Perlis ke perhimpunan tahun ini, Shahidan yang juga anggota Parlimen Arau berkata agenda memperkasakan ekonomi negeri menjadi fokus utama wakil Perlis.


“Kita memerlukan lebih banyak peruntukan untuk melaksanakan projek dan merancakkan ekonomi demi kepentingan rakyat.

“Perlis tidak begitu terkesan dengan isu nasional namun setiap isu yang timbul hendaklah ditangani serta merta,” katanya. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • UMNO

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori