Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Tiga Doktor Ditahan SPRM,...

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Tindakan Ahmad Said Didorong...

KUALA TERENGGANU - Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata tindakan Anggota Dewan...

Robot Seks Lelaki Mampu...

SEBELUM ini masyarakat dunia dikejutkan dengan penghasilan robot canggih sextech yang mampu menawarkan kepuasan...

Tiada Apa Yang Tumbang...

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar seakan menoktahkan spekulasi tumbangnya...

PAU 2016: Perak Tak Sembunyi Masalah ‘Bawah Karpet’

IPOH – UMNO Perak mengambil pendekatan ‘tidak menyembunyikan segala permasalahan di bawah karpet’, sebaliknya akan membangkitkan apa sahaja isu akar umbi pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2016.

Pengerusinya Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata permasalahan itu akan disampaikan sebaik-baiknya oleh jurucakap yang dilantik tanpa menjejaskan kesatuan dan perpaduan parti.

Menteri Besar Perak itu berkata antara yang akan dibangkitkan pembahas dari Perak sudah tentu menjurus kepada pelbagai cabaran dalam parti termasuk isu kepimpinan selain persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

“Sebagai parti politik, UMNO tidak selamanya dalam persekitaran dinamikselain mempunyai pelbagai cabaran yang perlu dikenal pasti untuk menghadapi PRU14.

“Bagi konteks Perak, kami berusaha mengenal pasti setiap cabaran untuk memastikan sokongan rakyat kepada parti dan kerajaan berada pada tahap terbaik. Itulah yang kami bawa pada perhimpunan nanti,” katanya di sini baru-baru ini.

Ditanya kemungkinan terdapat pembahas sama ada dari Perak atau negeri lain yang berhujah secara lantang termasuk mengkritik kepimpinan, Zambry berkata sebagai parti yang matang dan terbuka, ia akan didengari sebaiknya.

“Saya menjangkakan hal itu. Jangan ingat kami (pemimpin) tiada siapa yang berani menegur, tapi biarlah secara matang,” katanya.

Zambry berkata apapun yang dibangkitkan tidak semestinya dilihat daripada sudut negatif, tetapi perlu dijadikan iktibar dan persiapan untuk merangka gerak kerja ke arah PRU14 seterusnya memastikan UMNO kekal relevan.


Katanya menyedari perhimpunan kali ini adalah yang terakhir sebelum PRU14, maka segala kekurangan atau kelemahan parti yang dibangkitkan perlu diperbaiki.

Mengenai saranan beberapa penganalisis politik supaya jurucakap yang dipilih mengelak daripada sindrom lawak, Zambry mempunyai pandangan berbeza dengan menyatakan ia penting untuk menceriakan suasana.

“Sindrom lawak bukan fenomena dalam Perhimpunan UMNO dan saya tidak setuju kalau ada yang mengatakan kita tidak serius memikirkan hal berkaitan kelangsungan parti.

“Kena ingat walaupun ada ciri yang dikatakan lawak, tapi lawak bukan sebarang lawak, ia penuh sinis dan memberi mesej besar kepada parti,” katanya.

PAU 2016 akan berlangsung pada 29 Nov sehingga 3 Dis di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dan dijangka dihadiri lebih 3,200 perwakilan termasuk 697 dari Perak. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori