Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Guru Maut Terjatuh Dari...

TANAH MERAH - Seorang guru lelaki maut selepas terjatuh dari balkoni tingkat satu...

Zahid Ziarah Dua Kenalan...

BAGAN DATUK – Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bersarapan pagi...

Penganjur Islamic Wedding Festival...

SEORANG pengguna Facebook melahirkan kekesalannya apabila mendakwa, ditipu oleh penganjur International Wedding Festival...

Hubungan Zizan & Mira...

PETALING JAYA - Pelakon dan pelawak Zizan Razak menegaskan dia tidak mempunyai sebarang...

PAU 2016: Puteri UMNO Bahas Usul Perkasa Wanita Muda

JELEBU – Puteri UMNO yakin setiap usul dalam aspek politik, ekonomi, agama dan sosial yang akan dibawa pada Perhimpunan Agung UMNO 2016 hujung bulan ini, berkisar ke arah memperkasa wanita muda dalam negara.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata setakat ini pemilihan pembahas yang bakal mewakili setiap negeri ‎telah dibuat dan perincian usul sedang dilaksanakan.

“Kali ini kami titik berat soal kesiapsiagaan ke arah menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) termasuk kesiapsediaan Puteri UMNO di akar umbi, selain membahaskan usul sosial, politik, ekonomi dan agama.

“Kami juga persiapkan para pembahas yang bakal menjadi jurucakap dan juga jurucakap mewakili negeri melalui bengkel yang kami adakan dan bengkel ini telah pun memasuki kali ketiga,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian ‘NS Nature MTB Jamboree 2016’ di sini, hari ini.

Beliau berkata hari ini Puteri UMNO menganjurkan Gelanggang Mega Adinda yang berlangsung selama dua hari di Pusat Dagangan Dunia Putera bertujuan melihat maklum balas akar umbi khususnya wanita muda mengenai keperluan atau cabaran yang ingin mereka ketengahkan.


Mengenai keahlian baharu Puteri UMNO, Mas Ermieyati berkata terdapat peningkatan pendaftaran anggota baharu dan ia perlu diperhebat memandangkan Puteri UMNO kehilangan ahlinya saban hari berikutan syarat keahlian sehingga usia 35 tahun sahaja.

“Saya baru balik daripada program Pergerakan Puteri UMNO di Selangor minggu lepas yang kita juga ada buat kempen keahlian dan di sana saya terima 2,400 borang keahlian baharu dan sebanyak 2,800 pengundi baharu. Saya yakin gerakan yang sama dilakukan Pergerakan Puteri UMNO di bahagian masing-masing.

“… saya lihat Puteri UMNO kehilangan ahli setiap hari, termasuk umur 35 mereka masuk Wanita UMNO, sebab itu saya minta setiap bahagian tambah keahlian dan dekati seramai yang boleh dan gunakan pendekatan sebagai orang muda,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori