Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Terlalu Bergantung Kepada Hutang...

KUALA LUMPUR - Terlalu bergantung kepada hutang merupakan satu daripada antara banyak cabaran...

Pemakaian Pelitup Muka Belum...

MELAKA : Kerajaan negeri akan terus memantau peningkatan kes Covid-19 di Melaka sebelum...

Malaysia Cadang Kumpulan Siapsagaan...

KUALA LUMPUR - Malaysia mencadangkan tahap baharu kerja sama pertahanan bagi negara anggota...

Nilai Murni Yang Kita...

MUNGKIN ramai yang menganggap golongan mat motor atau mat rempit adalah golongan yang...

Pekerja Kontrak Didakwa Siram Isteri Dengan Air Panas

PETALING JAYA – Seorang pekerja kontrak mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mendatangkan cedera parah kepada isterinya dengan cara menyiram air panas, semalam.

M. Anbalagan, 29, didakwa telah dengan sengaja mendatangkan cedera parah terhadap K. Rehwathy, 28, seorang tukang cuci, dengan cara menyiram air panas ke atas wanita itu di Blok D-15-02, PPR Jalan Pekaka, 8/1, Kota Damansara, di sini, pada 12.30 tengah hari, 27 Nov.

Dia didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan hendaklah dikenakan denda atau sebat, manakala Seksyen 326A membawa hukuman penjara dua kali ganda daripada hukuman asal, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Shafiq Hasim tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

Peguam A. Nadarajan yang mewakili tertuduh memohon mahkamah membenarkan anak guamnya diikat jamin atas alasan dia menjaga empat orang anak yang berusia antara empat dan 11 tahun.


Hakim Manira Mohd Noor membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Dis untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori