Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Azmin Ali Ambil Pendekatan...

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil pendekatan...

“Bang…Nak Sos A Ke...

WOW... Aku perhati je pasangan depan aku ni masa berbaris nak timbang ayam....

China Gesa ASEAN Bantah...

ANKARA: China menggesa negara anggota ASEAN membantah rancangan Jepun melepaskan air radioaktif terawat...

PTPTN Terima RM558.9 Juta...

KUALA LUMPUR - Jumlah keseluruhan bayaran balik pinjaman yang diperoleh Perbadanan Tabung Pendidikan...

Pelabuhan Klang Mampu Tempat Ke-11 Liga Kontena Dunia

PELABUHAN KLANG – Kementerian Pengangkutan yakin pertumbuhan 11.3 peratus dalam volum kontena di Pelabuhan Klang pada suku ketiga tahun ini boleh membantu meningkatkan ranking Liga Kontena Dunia pelabuhan itu daripada tempat ke-12 kepada ke-11.

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, Pelabuhan Klang yang terdiri daripada Pelabuhan Utara dan Pelabuhan Barat kini semakin kompetitif, mencatat pertumbuhan dua angka dalam TEU (unit bersamaan 20 kaki) kargo yang dikendalikan dalam tempoh 10 bulan lepas.

“Kita berharap untuk meningkatkan kedudukan kita daripada tempat ke-12 dalam Liga Kontena Dunia kepada ke-11 dengan pertambahan TEU yang dikendalikan Pelabuhan Klang.

“Saya gembira untuk melihat kemampuan kepemimpinan Tan Sri Kong Cho Ha di Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bagi meningkatkan lagi daya saing di pelabuhan tersebut,” katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kemudahan Perkhidmatan Pembekalan Bahan Api Pelabuhan Barat (WEBS)di sini, hari ini.

Liow berkata, perikatan strategik Pelabuhan Klang dengan beberapa pelabuhan di China akan merangsangkan lagi daya saingnya.

Menurutnya, beliau telah menulis kepada Kementerian Kewangan agar tidak mengenakan cukai barang dan perkhidmatan (GST) ke atas projek Zon Bebas Pelabuhan Klang.

“Kepada mereka yang membawa barang dan mengeksport tanpa memasuki Malaysia, ia dianggap perkhidmatan luar pesisir, mereka tidak perlu membayar GST, melainkan jika produk itu memasuki Malaysia,” katanya.


Mengenai majlis hari ini, Liow berkata, kemudahan WEBS yang dilancarkan WEBS Oil Hub Sdn Bhd membekalkan bahan untuk penjanaan tenaga kepada kapal yang singgah di Pelabuhan Klang.

Menteri itu memuji kerjasama WEBS Oil Hub dengan PetroChina, syarikat gergasi minyak terkenal antarabangsa sebagai rakan kongsi strategiknya bagi meningkatkan perkhidmatan pembekalan bahan api untuk kapal yang menggunakan Selat Melaka.

“Kami mendapati ada kapal asing menawarkan perkhidmatan membekalkan bahan api dari kapal ke kapal di sini (Pelabuhan Klang) dan kami akan memastikan tidak ada kelulusan seperti itu diberikan kepada kapal asing,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi PKA, Tan Sri Kong Cho Ha yakin Pelabuhan Klang yang mengendalikan kira-kira 9.8 juta TEU pada suku ketiga tahun ini, akan mengendalikan lebih 12.5 juta TEU menjelang akhir tahun. – BERNAMA

1 komen

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori