Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Guna Logo Sendiri `Modus...

Memang benar Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan parti itu tidak akan menggunakan logo...

AS, UAE Bincang Situasi...

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, berbincang menerusi telefon dengan Putera Mahkota...

Tolak 50 Komposer, Sarah...

DALAM banyak-banyak komposer yang 'lamar' Siti Sarah untuk single baharunya, siapa sangka wanita...

‘Kawalan Minda’ Jadikan Fikiran...

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan proses radikalisasi penyokong kumpulan pengganas...

Pelakon Nadya Rupanya Dah Bernikah!

PELAKON berhijab yang sering membawakan watak antagonis, Nadya Syahera Rosli telah pun selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihannya, Fizul Nawi pada 25 September lalu.

Pasangan ini dinikahkan di ibu kota dan hanya bersaksikan kedua keluarga terapat kedua-dua pihak.

Pelakon Nadya Rupanya Dah Bernikah!

Menurut Nadya yang terkenal menerusi drama Dia Semanis Honey dan Abang Bomba I Love You, pernikahan itu dibuat bagi mengelakan sebarang fitnah memandangkan mereka selalu keluar bersama.

“Pernikahan ini bukan sahaja untuk mengelakkan fitnah malah ia turut melegakan keluarga saya dan Fizul apabila kami selalu keluar serta bercuti bersama. Lalu dengan persetujuan keluarga, kami dahulukan yang wajib sebelum mengadakan majlis kenduri dan persandingan pada pertengahan tahun depan.

“Alhamdulillah, kami sekarang bebas pergi ke mana saja. Dengan peminat juga senang saya nak jawab yang kami sudah menikah. Bagaimanapun, pernikahan ini belum ramai yang tahu jadi Fizul muat naik gambar di Instagram dan membuat sedikit coretan mengenai status kami.

“Hubungan kami sudah halal jadi tiada apa yang nak disembunyikan lagi. Perkara yang baik elok diuwar-uwarkan agar tidak lagi menjadi bualan ramai apabila melihat kami keluar berdua-duaan,” katanya kepada Harian Metro.


Mengimbas kembali percintaannya, Nadya, 23, memberitahu dia mengambil keputusan menamatkan zaman solo setelah lapan bulan berkenalan di laman Facebook.

Pelakon Nadya Rupanya Dah Bernikah!

Fizul yang berasal dari Kelantan mengusahakan kafe di Shah Alam selain bekerja sebagai model sambilan.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori