Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

19,563 Berkahwin, 5,942 Bercerai...

JEDDAH - Sejumlah 19,563 perkahwinan dan 5,942 perceraian direkodkan di sini tahun lalu,...

Tiada Halangan Untuk Persatuan...

PUTRAJAYA - Persatuan sukan tidak dihalang menghantar atlet elit dan senior ke Sukan...

PRU15: Ahmad Zahid Dicabar...

BAGAN DATUK – Parlimen Bagan Datuk menyaksikan pertembungan empat penjuru dalam Pilihan Raya...

Umat Islam Disaran Majukan...

KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan agar umat...

Pemain Itu Mahu Sertai Pasukan JDT – TMJ

KUALA LUMPUR – Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) mendedahkan terdapat seorang pemain import di utara tanah air yang menjadi kebanggaan penyokongnya pernah melahirkan hasrat menyertai JDT.

Pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, pemain itu secara peribadi memberitahu hasrat itu kepadanya selepas satu perlawanan diantara pasukannya dengan JDT di Stadium Larkin sebelum ini.

“Baru-baru ini ada laman yang kita rujuk sebagai Lalang Malaya yang menulis tentang seorang pemain yang bermain di utara yang mengatakan bola sepak bukanlah mengenai wang.

“Pemain yang sama adalah orang yang secara peribadi memberitahu saya di Larkin selepas perlawanan itu, ‘Saya menunggu panggilan anda’,” dedahnya dalam satu kenyataan semalam.

Tunku Ismail berkata, pemain itu turut meminta bekas jurulatih JDT, Bojan Hodak menyampaikan mesej kepadanya bahawa JDT adalah satu-satunya kelab di Malaysia yang dia mahu bermain atau akan ke Eropah.

Bagaimanapun, katanya, pemain berkenaan semalam menandatangani kontrak dengan sebuah pasukan di sini kerana dua fakta.


“Yang pertama kerana JDT mempunyai perancangan yang lain dan kedua dia tidak berjaya mendapatkan pekerjaan atau tidak cukup baik untuk bermain di Eropah,” katanya.

Tegas Tunku Ismail, hanya terdapat dua jenis pemain import bermain di Malaysia iaitu pemain yang dibayar dengan harga tinggi dan kedua pemain yang tidak boleh mendapatkan pekerjaan untuk bermain di peringkat yang lebih tinggi di Eropah atau Asia. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori