Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Senaraikan Pesta Air Dalam...

KUALA PERLIS - Pesta Air Kuala Perlis yang semakin mendapat tempat di hati...

5 Jam Menanggung Kesakitan...

KEMAMAN - Lima jam menanggung kesakitan. Itu pengalaman mengerikan ditempuh seorang pemandu lori selepas...

Operasi JPN Ditutup Bersempena...

KUALA LUMPUR - Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Pusat Transformasi Bandar (UTC)...

Gosip Cinta Azrinaz Itu...

PELAKON Fattah Amin menyifatkan dakwaan dia bercinta dengan bekas personaliti TV3 iaitu Azrinaz...

Pemandu Maut, Lebih Tiga Jam Tersepit Dalam Treler

KUANTAN – Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan berat dipandunya itu terbabas dan melanggar dua batang pokok di Kilometer 63 Jalan Besar Kuala Lumpur-Kuantan, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Maran DSP Mat Rizal Mat Radzi berkata dalam kemalangan pada 3 pagi itu, mangsa Abdul Latif Muhamad, 50, meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mangsa difahamkan sedang memandu seorang diri dari arah Temerloh ke Kuantan, namun ketika sampai di tempat kejadian kenderaan itu dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas ke bahu jalan lalu merempuh dua batang pokok.

“Rempuhan itu menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk dan bomba terpaksa mengambil masa lebih tiga jam sebelum berjaya mengeluarkan pemandu terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori