Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Anak PM Harap Vape...

KUALA LUMPUR - Anak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan harapan...

Seorang Lelaki Ditemui Mati...

TUMPAT - Seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibunuh berhampiran tali air di Kampung...

Promosi Thaipusam, Batu Caves...

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mahu usaha mempromosi Batu...

VIDEO: Pelanggan Mengamuk Tak...

Rasanya ramai dah tahu kisah kekecewaan pelanggan Petronas gara-gara kes buat kempen untuk...

Pemandu Tuk Tuk Wanita Terselamat Dilanggar Lori

PANTANG maut sebelum ajal. Itu antara detik-detik cemas dialami seorang pemandu tuk tuk wanita China apabila dia hampir dilanggar oleh sebuah lori.

Pemandu tuk tuk yang dikenali sebagai Wang itu bertindak pantas dengan melompat keluar dari kenderaannya dalam kejadian yang berlaku di Wenzhou, wilayah Zhejiang minggu lalu.

Menerusi video yang dikongsi oleh stesen CCTV News, Wang yang memandu tuk tuk berwarna biru dilihat keluar dari susur kanan persimpangan jalan dan mahu membelok ke arah kiri.

Pemandu Tuk Tuk Wanita Terselamat Dilanggar Lori

Pemandu Tuk Tuk Wanita Terselamat Dilanggar Lori

Namun dia berhenti di tengah-tengah persimpangan yang sibuk itu sebelum dilanggar oleh sebuah lori berwarna putih dari arah bertentangan dan kemudian melanggar sebuah kereta berwarna hitam.


Tindakan pantas Wang melompat keluar telah menyelamatkan nyawanya dari menjadi mangsa nahas perlanggaran itu.

Pun begitu, menurut laman Mail Online, Wang turut mengalami kecederaan dalam insiden berkenaan kerana tangan kanannya tidak sempat keluar dari tuk tuknya menyebabkannya jatuh ke tanah.

Akibatnya dia mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan belakangnya. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori