Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Najib Yakin 82 Calon...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yakin barisan 82...

Afrika Selatan Tamatkan Pengesanan...

JOHANNESBURG: Afrika Selatan mengambil keputusan untuk menamatkan usaha pengesanan kontak rapat individu yang...

Tarian Bogel Di Penjara...

IA adalah penjara yang mempunyai kawalan keselamatan paling maksimum di El Salvador namun...

Keberadaan Bekas PM Thailand...

BANGKOK – Seminggu sudah berlalu sejak bekas Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra menghilangkan diri...

Pembangkang Ketandusan Isu – Ismail Sabri

PASIR MAS – Pembangkang kini ketandusan isu apabila menuduh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak cuba menggadai negara berikutan pelaburan besar dari China masuk ke negara ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pelaburan asing yang masuk ke negara ini sudah lama berlaku termasuk dari Amerika Syarikat dan Britain tetapi pelabur terbabit tidak pula menjajah negara ini.

“Waktu Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri pun pelaburan asing banyak masuk ke Malaysia, tidak pernah pun kita kata pelabur asing itu akan menjadi penjajah kepada negara kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat di Pusat Daerah Mengundi Kubang Kuau dan Bukit Tandak, Rantau Panjang di sini, hari ini.

Semalam, Najib menyelar pihak yang menyebarkan cerita untuk menakut-nakutkan rakyat negara ini kononnya Malaysia sedang dijual melalui pelbagai perjanjian perniagaan bernilai lebih RM143 bilion yang ditandatangani dengan China semasa lawatan rasmi beliau ke negara itu sejak Isnin lepas.

Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi UMNO, berkata selain Malaysia, negara lain di seluruh dunia juga menerima pelaburan asing untuk membangun dan memajukan negara masing-masing.

“Sepatutnya kita berasa bangga dan bertuah apabila terdapat banyak pelaburan asing masuk ke negara kita, antaranya akan menambah pekerjaan dan lain-lain untuk faedah rakyat,” katanya.

Beliau berkata sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kedaulatan negara akan menjadi keutamaan dan tetap dipertahankan.


Ditanya mengenai organisasi yang didakwa menerima dana daripada hartawan George Soros, Ismail Sabri menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan.

Bagaimanapun, katanya, pihak terbabit tidak sepatutnya membuka pintu kepada penyangak mata wang tersebut menyalurkan dana kepada organisasi terbabit.

“Peranan Soros adalah untuk menumbangkan beberapa negara di dunia, dan Tun Dr Mahathir pernah menyifatkan Soros sebagai penyangak mata wang dan seorang yang tidak baik,” katanya.

Sehubungan itu, beliau mahu UMNO memberi penjelasan kepada rakyat mengenai perkara tersebut dan isu-isu semasa yang lain supaya mereka tidak terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang mahu menjatuhkan kerajaan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori