Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri Ditahan Bantu...

SHAH ALAM - Sepasang suami isteri ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh...

Aidilfitri: 515 Bas Ekspres...

IPOH - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak memeriksa 515 bas ekspres di empat...

Kerajaan Kaji Pengkelasan Semula...

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang mengkaji penggunaan konsep desil iaitu B1, B2, B3...

Keluarga 2 Rakyat Malaysia...

KUALA LANGAT - Keluarga dua rakyat Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Indonesia, akan...

Pemerdagangan Manusia: Wanita Didakwa 4 Tuduhan

IPOH – Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan memperdagangkan empat wanita warga Thailand bagi maksud eksploitasi seks.

Pak Soh Kuen, 59, didakwa melakukan perbuatan itu di Hotel Luck, Jalan C.M Yussuff dan di sebuah Refleksologi Lucky, Jalan C.M Yussuff di sini pada Mac hingga Ogos tahun ini.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membenarkan tertuduh diikat jamin RM20,000 dan kes disebut semula pada 7 Dis ini.


Tertuduh diarah menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fauzi Md Yusof manakala tertuduh yang bekerja di sebuah tadika diwakili peguam Mahinderjit Singh. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori