Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

APMM Kudat Tahan 4...

KOTA KINABALU - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat menahan empat bot nelayan...

Remaja Kanada Tak Dijangkiti...

PUTRAJAYA - Remaja warga Kanada yang dilaporkan pengsan di lot parkir sebuah pusat...

6,509 Akaun Pengguna Di...

KUANTAN - Sebanyak 6,509 akaun pengguna di Temerloh dan Lipis terjejas sejak seminggu...

Paling Laju 70km/j Pandu...

MELAKA - Bagi yang berhasrat menayangkan kereta berkuasa besar ketika pulang ke kampung...

Peminat Tuduh Zul Ariffin Berlagak Diva Dengan Peminat

SEMENJAK namanya berada di puncak populariti, ada sahaja cerita kurang enak tentang pelakon kacak bernama Zul Ariffin.

Paling panas, adalah mengenai sikapnya yang dikatakan semakin sombong dan berlagak dengan peminat.

Terbaharu, seorang peminat dari Sabah turut meluahkan rasa kecewanya di laman Facebook  mengenai sikap pelakon itu yang berlagak ketika diminta untuk bergambar bersama di sebuah restoran.

Menurut peminat berkenaan, pekerja restoran itu sanggup tunggu pelakon tersebut selesai makan untuk bergambar bersama, namun malangnya, penantian mereka berakhir dengan kekecewaan apabila Zul menolak dengan alasan ‘tidak selesa’.

2

“Sikap dia sebagai seorang artis buat warga Tamparuli menyampah apabila staff-staff saya ingin bergambar, dan dia minta respect sebab dia tengah makan. 

“Ok tak apa, staff kami pun terus miminta izin untuk beergambar dengan artis tersebut, malangnya dia jawab,’please respect. Saya tidak selesa’ ,” tulisnya.


Dek kerana insiden itu juga, peminatnya menyelarkannya sebagai pelakon diva.

Ini bukan kali pertama Zul  dikatakan bersikap sombong. Malah sebelum ini ada peminat yang merasa tidak puas hati apabila pelakon tersebut bersikap ‘kekwat’ ketika diajak bergambar di KLIA.

Bagaimanapun, hero drama Rindu Awak 200% ini menjelaskan tindakannya itu dilakukan demi menjaga privasi keluarga. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori