Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Najib Beri Penghormatan Terakhir...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi...

Bos Amazon Muncul Orang...

RASMI... Ketua Pegawai Eksekutif Amazon, Jeff Bezos disahkan majalah bisnes ternama Forbes sebagai manusia terkaya...

Indeks Rasuah Malaysia Tahun...

Skor Malaysia dalam Indeks Tanggapan Rasuah (CPI),Transparency International (TI) jatuh untuk tiga tahun...

Piala AFF Suzuki: Jangan...

KUALA LUMPUR - Penyokong skuad bola sepak negara dinasihatkan supaya tidak membeli tiket...

Pemuda UMNO Gesa Malaysia Tarik Diri Piala AFF 2016

1. BIRO Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia menyeru kepada kerajaan Malaysia agar segera menarik diri daripada kejohanan bolasepak AFF Piala Suzuki di Myanmar yang sedang berlangsung kini.

2. Keputusan ini dibuat bagi menunjukkan protes negara terhadap pembunuhan dan diskriminasi berterusan kepada kaum Rohingya di negara Myanmar yang tiada kesudahan.

3. Kerajaan Myanmar seolah-olah langsung tidak peduli di atas fenomena pembersihan etnik Rohingya yang berlaku selama ini.

4. Skuad sukan Malaysia juga pernah menarik diri daripada kejohanan Olimpik pada tahun 1980 di Moskow, di atas sebab protes.

5. Sesungguhnya nyawa seseorang itu lebih berharga daripada sebuah piala sukan dan kerajaan Malaysia seharusnya mengambil langkah ini bagi mengetuai protes dengan penarikan skuad bolasepak daripada Myanmar dengan kadar segera.

6. Kami juga menyeru kepada Kerajaan Malaysia untuk mempertimbangkan bagi menyekat Negara Myanmar daripada menyertai sukan SEA di Kuala Lumpur pada tahun 2017 di atas rasional yang sama.


Sekian.

Dato’ Mohamed Hazali Abu Hassan,
Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO Malaysia.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori