KUALA LUMPUR – Fellow Penang Institute, Toh Kin Woon mengiktiraf penganjur Bersih 5, Maria Chin Abdullah sebagai patriot negara.
Dakwa beliau, Maria adalah patriot negara kerana merupakan seorang pejuang yang berani dan mengabdikan diri untuk Malaysia selama ini.
“Dia adalah seorang patriot. Itulah Maria yang saya tahu dan akan sentiasa diingati,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kin Woon berkata, Maria adalah pejuang demokrasi dan hak untuk rakyat negara ini berbeza pendapat seperti yang terkandung dalam tuntutan Bersih 5.
Maria dengan kerjasama parti pembangkang pada 19 November lalu bekerjasama menganjurkan demonstrasi berbaur anti kerajaan di ibu negara.
Perhimpunan itu kononnya memperjuangkan hak asasi dan demokrasi rakyat tetapi umum mengetahui ia satu cubaan untuk menjatuhkan parti Melayu UMNO. – MYNEWSHUB.CC