Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

Binaan Purba Permatang Pasir...

KULIM - Sebuah candi purba yang dipercayai dibina pada abad ke-6 yang ditemui...

Butik Mohon Maaf, Harris...

SABTU lalu, anak penyanyi Harris Baba, Aleena Ziya dimasukkan ke hospital akibat ditimpa...

Tak Bersyukur! Anak Hanya...

SETIAP ibu bapa sememangnya mahukan yang terbaik buat anak-anak mereka.Namun, dalam sedar atauƃā€šĆ‚Ā tidak...

Hampir Sejuta Penduduk Kanada...

OTTAWA: Hampir 900,000 kediaman di Kanada terputus bekalan elektrik selepas ribut kencang melanda...

Pendaki Malaysia Hilang: SAR Tumpu Laluan Timur Vazmin

PUTRAJAYA – Misi mencari dan menyelamat (SAR) dua pendaki Malaysia yang dilaporkan hilang di Gunung Damarvand, Iran sejak 20 November lepas akan tertumpu di laluan timur Vazmin.

Ketua Ekspedisi, Rozaimi Md Said bagaimanapun berkata misi SAR itu hanya akan dilakukan sekiranya cuaca baik.

“Terdapat kemungkinan misi mencari dan menyelamat akan ditangguh akibat salji setebal 25 hingga 30 sentimeter sejak semalam.

“Sekiranya misi itu dijalankan, maka saya akan menyertai pencarian pendaki-pendaki yang hilang,” katanya kepada Bernama menerusi aplikasi WhatsApp di sini hari ini.

Dua pendaki yang hilang itu, Syed Redzuan Syed Salim Shatri, 50, dan Ramli Abd Majid, 44, bertekad ingin menakluk puncak tertinggi di Iran dan meneruskan pendakian walaupun dinasihatkan untuk turun semula kerana tidak cukup masa.


Rozaimi berkata beliau dan pasukannya mengadakan perbincangan dengan Kedutaan Iran dan pasukan SAR tentang penggunaan sebuah helikopter penyelamat untuk misi berkenaan.

“Kami membuat permintaan untuk sebuah helikopter, sama ada milik pihak berkuasa atau tentera ataupun pesawat komersial berbayar. Pada masa sama, kami juga akan ke Mountaineering Federation of Iran di Polour hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kehilangan dua pendaki ini,” katanya.

Pada masa yang sama, Rozaimi berkata satu pertemuan antara pasukan SAR, kedutaan dan anggota keluarga akan diatur untuk memaklumkan proses ekspedisi dari awal hingga kini. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori