Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Pengusaha Pertanian Cameron Highlands...

KUALA LUMPUR - Masalah kekurangan pekerja, yang dialami kira-kira 2,000 pengusaha sektor pertanian...

Malaysia Berdepan Saingan Sukar...

KUALA LUMPUR - Malaysia akan berdepan dengan saingan sukar dalam Piala Thomas &...

Pemandu Lori Didakwa Beri...

KUANTAN - Seorang pemandu lori mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari...

112 Saman Dikeluarkan Dalam...

KEMAMAN - Sebanyak 112 saman dikeluarkan pihak polis dan agensi penguatkuasa lain ke...

Penduduk Kuala Terengganu Cemas Rumah Dinaiki Air

KUALA TERENGGANU – Cemas! Itu perasaan penduduk di kawasan bandaraya Kuala Terengganu bila rumah mereka dinaiki air awal hari ini ekoran hujan lebat sejak 4.00 pagi.

Situasi berkenaan juga menyebabkan beberapa jalan utama dan taman perumahan khususnya di sekitar bandaraya ini dinaiki air.

Antara kawasan taman perumahan yang ditenggelami air ialah Taman Sri Intan dan Taman Alamanda 1, 2 dan 3.

Setakat ini Jalan Serating ke Merchang (Marang) turut dinaiki air sedalam 0.6 meter sejauh 100 meter dan tidak boleh dilalui kenderaan ringan dari kedua-dua arah.

Seorang penduduk di Taman Alamanda, Mazlan Awang, 48, berkata hujan lebat yang turun sejak pukul 4 pagi itu menyebabkan kediamannya dinaiki air sedalam 0.3 meter.

“Kali terakhir kawasan ini dinaiki air pada tahun 2009. Tapi kali ini agak teruklah mungkin masalah sistem peparitan,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Seorang suri rumah, Rohaya Omar, 45, berkata kebiasaanya apabila hujan air memang naik dan surut dengan cepat namun kali ini air bertahan agak lama.

“Sebelum ini dalam masa sejam air sudah surut sekarang tiga jam pun masih belum turun… dah banyak barang dalam rumah rosak peti ais pun habis terbalik,” katanya.

Sementara itu, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP) turut melakukan rondaan dan pemantauan di kawasan terbabit bagi memastikan keadaan terkawal.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Che Shaari Abdullah berkata selain kawasan bandar dan taman perumahan pihaknya turut melakukan rondaan di kawasan kampung.

Katanya bagi tujuan itu sebanyak tiga pasukan yang melibatkan lapan anggota telah ditugaskan meninjau kawasan yang berisiko.

“Selain mengenalpasti kawasan, kita juga akan menghulurkan bantuan dengan segera kepada orang ramai yang memerlukan terutamnya di kawasan yang terdedah dengan banjir.

“Setakat ini tiada lagi perpindahan (mangsa banjir) dilakukan di Kuala Terengganu dan keadaan masih terkawal,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Amirsarafudin Zalman berkata situasi air yang melimpahi atas jalan adalah disebabkan air hujan lambat mengalir ke laut ekoran air pasang yang berlaku awal pagi tadi.

Katanya, keadaan kini adalah terkawal dan banjir belum diisytiharkan di negeri ini.

Bilik Gerakan Bencana Negeri mula dibuka hari ini bagi penyaluran maklumat yang sahih dan terkini kepada orang ramai dan pihak media berkaitan banjir.

“Kita juga menasihatkan orang ramai tidak menyebarkan gambar-gambar yang boleh mencetuskan situasi panik berkaitan situasi banjir di media sosial.

“Orang ramai yang inginkan maklumat berkaitan banjir boleh layari laman sesawang etindakan.terengganu.gov.my atau hubungi bilik gerakan di 09-6236655 atau 09-6236644,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di bilik gerakan itu di Wisma Darul Iman di sini, hari ini.

Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri sentiasa memantau dan mengambil langkah berjaga-jaga pada musim tengkujuh yang baru sahaja bermula.

Katanya, setakat ini paras air di sungai-sungai utama negeri masih dalam keadaan normal namun pihak berkenaan akan terus memantau perkembangan dari semasa ke semasa.

“Pihak berkuatkuasa dan agensi kerajaan kini telah diarahkan bersiap siaga untuk menghulurkan bantuan dalam kadar segera jika keadaan memerlukan.

“Sehubungan itu, masyarakat juga diminta supaya sentiasa memberi kerjasama serta mematuhi arahan pihak berkuasa khususnya bila diminta untuk berpindah,” katanya dalam satu kenyataan kepada media menerusi aplikasi WhatsApp. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori