Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Bajet 2017 Tingkat Taraf...

MELAKA - Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak...

Pekan Bekenu Nanti Khabar...

MIRI - Lawatan rasmi dua hari Datuk Seri Najib Tun Razak ke utara...

Bakat Muda Liverpool, Woodburn...

ANAK didik Liverpool, Ben Woodburn diberikan kontrak jangka panjang berikutan prestasi selama 12...

Mahkamah Koroner Lawat Lokasi...

SUBANG JAYA - Rombongan Mahkamah Koroner bersama saksi-saksi tiba di persimpangan USJ16/7 di...

Pengambilan Dadah Perancang Tambah Penyakit Mental

KUALA LUMPUR – Bukan mustahil apabila anda berada dalam satu kumpulan seramai tiga orang dan seorang daripadanya pula berhadapan dengan gangguan mental.

Begitulah analoginya berdasarkan kajian yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan baru-baru ini yang menyatakan satu daripda tiga rakyat Malaysia mengalamai masalah mental.

Jumlah itu meningkat satu kali ganda sejak sedekat yang lepas.

Ia bakal menjadi penyakit kedua tertinggi dihadapi rakyat Malaysia selepas penyakit jantung menjelang tahun 2020.

Lebih membimbangkan, penyakit mental bukan hanya dalam kalangan mereka yang berhadapan dengan kemurungan dan skizofrenia malah penagih dadah perangsang seperti methamphetamine atau syabu terutama dalam kalangan generasi muda menjadi penyebab pertambahan angka itu.

DADAH DAN MENTAL BERKAIT RAPAT

Kedua-dua masalah mental dan pengambilan dadah mempunyai hubung kait yang sangat rapat.

Kebanyakan mereka yang menghadapi masalah kemurungan cenderung mengambil dadah dan alkohol bagi merawat sendiri masalah yang dihadapi.

Begitu juga dengan orang yang mengambil dadah, mudah untuk mendapat penyakit mental terutama kemurungan disebabkan keadaan kehidupan mereka yang tidak stabil serta tidak mendapat sokongan keluarga dan masyarakat, demikian menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Sains Penagihan, Universiti Malaya (UMCAS) Dr Rusdi Abdul Rashid.

“Sekiranya ingin merawat mereka harus dirawat kedua-dua masalah itu serentak untuk mendapat hasil yang baik. Tidak boleh hanya merawat satu masalah sahaja, katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Pengambilan dadah perangsang terutama syabu mampu merangsang otak yang menyebabkan rembesan dopomine atau neurotransmitter yang berlebihan hingga boleh menyerupai simptom skizofrenia.

Antaranya mereka mudah berprasangka buruk terhadap orang lain, sukar tidur, kurang selera makan, hilang fokus dan minat, mendengar suara-suara dan nampak benda-benda yang tidak dilihat oleh manusia normal (halusinasi). Ini menyebabkan mereka menjadi tidak rasional dan akhirnya bertindak di luar batasan.

“Mereka jadi begini disebabkan berada di bawah pengaruh dadah. Apabila berhenti mengambil dadah, mereka kembali normal seperti orang lain.

“Tetapi ada juga kes setelah berhenti mengambil dadah, simptom-simptom skizofrenia kekal dalam diri mereka. Ini sebenarnya disebabkan dalam diri mereka memang telah ada penyakit mental,” katanya.

PENGAMBILAN DADAH CEPATKAN SKIZOFRENIA

Menurut Dr Rusdi pengambilan dadah akan mempercepatkan lagi seseorang yang mempunyai genetik skizofrenia mendapat penyakit mental paling serius.

Pesakit boleh mengalami delusi atau keyakinan terhadap khayalan sendiri akibat kegagalan membezakan dunia sebenar dengan dunia khayalan yang terbit daripada gangguan skizofrenia.

Biasanya, lelaki lebih awal mendapat skizofrenia iaitu pada usia 18 hingga 35 tahun manakala wanita pada usia antara 25 hingga 35 tahun, katanya.

“Sekiranya dia ambil dadah dalam usia 18 tahun, penyakit skizofernia yang sepatutnya datang pada usia 25 tahun akan datang lebih awal disebabkan pengambilan dadah.

“Ini akan menyebabkan kebergantungan dan beban kepada keluarga lebih awal. Sekiranya dia masih dalam pengajian pada usia sebegitu, mungkin tidak dapat meneruskannya lagi atau yang sudah bekerja terpaksa berhenti kerja disebabkan sakit mental,” katanya.

Skizofrenia seperti juga penyakit kencing manis, yang boleh diwarisi kerana pesakit kebanyakannya mempunyai sejarah keluarga yang mendapat rawatan penyakit itu.

Penyakit ini harus dirawat pada peringkat awal dengan mengambil ubat anti psikortik dan kaunseling bagi membolehkan mereka dapat kembali kepada penghidupan asal.

Jika dapat dirawat pada peringkat awal, potensi untuk dia dapat kembali kepada kehidupan asal sebelum ini lebih tinggi.

Tetapi kebanyakan pesakit yang datang berada di peringkat agak lewat yang menyebabkan mereka sukar dipulihkan sepenuhnya, katanya.

“Stigma masyarakat terhadap mereka yang mempunyai masalah mental ini masih lagi tinggi menyebabkan tidak ramai yang ingin tampil mendapatkan rawatan ketika peringkat awal.

“Apabila keadaan sudah tidak dapat dikawal seperti sudah mencederakan diri dan orang lain hingga ada yang di peringkat membunuh baharu datang mendapatkan rawatan,” katanya penyakit skizofrenia memerlukan pesakit mengambil ubatan dalam jangka panjang seperti penyakit kronik kencing manis dan darah tinggi.


MANTAPKAN DOKTOR HOSPITAL DAN KLINIK

Penyakit mental boleh dirawati mengguna perubatan moden dan pesakit boleh pulih serta kembali melakukan aktiviti seperti biasa sekiranya dapat dikesan dan dirawat lebih awal.

Untuk membuang stigma masyarakat terhadap masalah gangguan mental doktor di hospital primer (kerajaan dan swasta) boleh menjadi ‘gatekeeper’ bagi mengesan dan merawat pesakit mental di peringkat awal, katanya.

Pesakit biasanya datang kepada doktor primer untuk mendapatkan sebarang rawatan. Sekiranya dikesan mempunyai simptom gangguan mental antaranya kemurungan melebihi dua minggu, tidak berselera makan dan terganggu tidur, doktor di hospital boleh merawatnya di peringkat awal tanpa perlu dirujuk kepada pakar psikiatri.

“Sekiranya pesakit berhadapan masalah mental yang serius seperti mencederakan diri dan orang lain atau cubaan membunuh diri dan sebagainya doktor primer boleh merujuknya kepada pakar psikiatri,” katanya.

Selepas pesakit dirawat oleh pakar, mereka yang stabil boleh menyambung rawatan semula di dalam komuniti di peringkat primer.

Ini akan dapat membantu kekurangan pakar psikiatri yang hanya kira-kira 300 orang di seluruh Malaysia untuk mengendalikan lebih 30 juta penduduk.

“Kerana itu kita dapati banyak kes sakit mental yang tidak dapat dikesan di peringkat awal dan apabila sudah berlaku komplikasi baharu dihantar kepada pakar psikiatri.

“Ia sudah agak terlambat sedangkan kes tersebut boleh dirawat awal di peringkat doktor biasa dengan diberi ubat dan kaunseling,” katanya UMCAS bersama Persatuan Pakar Psikiatri Malaysia (MPA) dan Persatuan Doktor-Doktor Islam Malaysia (PERDIM) turut menganjurkan persidangan Kesihatan Mental dan Penagihan baru-baru ini.

Seramai 150 doktor menghadiri persidangan kali pertama itu yang antara lain bertujuan memperkasakan perkhidmatan di bahagian penjagaan utama hospital atau peringkat primer supaya dapat mengenalpasti penyakit mental pada peringkat awal.

RAWATAN KETAGIHAN DADAH SINTETIK

Jika ketagihan dadah jenis opiod seperti heroin telah menemui methadone sebagai alat mengatasi ketagihan namun bagi dadah perangsang seperti syabu masih belum menemui kaedah yang dapat menghilangkan ketagihan itu.

Buat masa ini hanya kaedah kaunseling yang diberikan kepada pesakit yang mengalami ketagihan dadah jenis ini, katanya.

UMCAS sedang berusaha mencari rawatan ubat yang sesuai dalam kajiannya yang telah dimulakan sejak dua tahun lepas.

“Didalam dunia belum ada lagi ubat mengatasi ketagihan dadah perangsang seperti syabu ini. Universiti Malaya sedang membangunkannya dan kita amat berharap ia akan menemui kejayaan,” katanya.

Dalam kajian itu, ubat Aripiprazole yang digunakan bagi merawat pesakit skizofrenia diuji keberkesanannya kepada mereka yang ketagih dadah itu.

Seramai 120 pesakit diuji namun terdapat sedikit kekangan kerana kebanyakan mereka menggunakan pelbagai jenis dadah.

“Jika boleh kita nak yang hanya menggunakan satu jenis dadah sahaja seperti syabu. Ini kesukaran kita untuk melihat keberkesanannya,” katanya.

Ujian yang dilakukan itu menunjukkan tanda positif apabila telah berjaya mengurangkan ketagihan dan simptom penarikan dadah perangsang berkenaan.

Ia juga mengurangkan kesan negatif daripada pengambilan dadah antaranya halusinasi dan ilusi sehingga mereka kurang merasa kesan khayal ketika mengambilnya.

“Apabila mereka sudah tidak merasa lagi kesan positif yang ada pada dadah itu jadi mereka akan tinggalkan dadah tersebut. Dengan adanya mekanisma seperti ini akan dapat mengurangkan penagih yang mengambil dadah perangsang ini,” katanya.

Permintaan dan pengambilan dadah perangsang yang semakin tinggi bukan sahaja dalam kalangan lelaki tetapi juga wanita terutama pekerja seks.

“Di pantai timur, kanak-kanak seawal 10 tahun sudah mengambil pil kuda. Bagi wanita pula lebih berminat dadah ice atau kristal yang dipercayai boleh menguruskan badan kerana dipercayai boleh mengurangkan selera makan.

“Permintaan yang tinggi ini cukup membimbangkan dan kita takut ia meningkatkan lagi bukan sahaja penagih dadah tetapi juga masalah mental di negara ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori