Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Empat Warga Asing Diberkas...

IPOH - Respons pantas pihak polis terhadap bunyi penggera sistem keselamatan di sebuah...

Tukar Agama: Undang-Undang Persekutuan...

KUALA LUMPUR - Pindaan Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 oleh Dewan Undangan Negeri...

Cicit Onn Jaafar Antara...

CICIT kepada Pengasas dan Presiden UMNO, Datuk Onn Jaafar, iaitu Datuk Onn Hafiz...

[RASMI] BN Menang DUN...

JOHOR BAHRU : Keputusan rasmi menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa dengan majoriti...

Pengarah Syarikat Minyak Masak Gagal Rekod Stok Didenda

SHAH ALAM – Seorang pengarah syarikat didenda RM25,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana gagal menyelenggara buku stok bagi setiap pembelian dan penjualan minyak masak di premis syarikat berkenaan di Petaling Jaya, pada Sabtu lepas.

Hakim Ahmad Azahari Abdul Hamid mengenakan denda itu selepas Yong Tin Soong, 61, pengarah Syarikat Yong Soon Fatt Sdn. Bhd., mengaku bersalah terhadap tuduhan tersebut.

Yong selaku pengarah syarikat didakwa gagal menyelenggara buku stok bagi setiap pembelian dan penjualan barang berjadual iaitu minyak masak, tidak mengandungi harga, nama dan alamat pembeli serta penjual, yang melanggar Peraturan 13(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Pengarah syarikat itu didakwa melakukan kesalahan di premis syarikatnya di Petaling Jaya, kira-kira 11 pagi pada 5 November lepas, dan dihukum mengikut Seksyen 22(1) Akta Kawalan Bekalan 1961 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1 juta jika sabit kesalahan.

Yong bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan sama ke atas syarikat berkenaan.

Bagi pertuduhan itu, Ahmad Azahari menetapkan 19 Dis untuk sebutan semula kes.


Di mahkamah yang sama, pengarah syarikat Pusat Perniagaan Matahari Sdn. Bhd., Chong Joo Kheang, 59, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan sama yang dikenakan ke atas beliau dan syarikat itu.

Chong dan Pusat Perniagaan Matahari didakwa melakukan kesalahan di premis syarikat di Petaling Jaya, kira-kira 12 tengah hari pada 8 November lepas.

Ahmad Azahari membenarkan Chong dibebaskan dengan jaminan RM50,000 serta seorang penjamin, juga menetapkan 19 Disember ini untuk sebutan semula.

Pendakwaan bagi kesemua kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), A. Karthiyayini sementara Chong diwakili peguam Naziha Ahmad dan Yong tidak diwakili peguam. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori