Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Pesawat Gergasi Antonov An-225...

SEPANG - Malaysia sekali lagi bertuah kerana menjadi satu-satunya negara anggota ASEAN menyambut...

Kerajaan Tekad Kurangkan Defisit...

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertekad mengawal paras hutang negara...

3,000 Terima Bantuan UMNO...

ALOR SETAR - Seramai 3,000 orang dari kawasan Parlimen Alor Setar terpilih untuk...

4,743 Kes Baharu Covid-19,...

KUALA LUMPUR - Kes baharu Covid-19 di negara ini kekal di bawah 5,000...

Jaga Pukul Kekasih Dengan Penyapu, Dijel 3 Bulan

KUALA LUMPUR – Gara-gara cemburu, seorang pengawal keselamatan yang bertindak memukul bekas kekasihnya dengan batang penyapu, dipenjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Husna Dzulkifly menjatuhkan hukuman itu terhadap M. Ravikumar, 28, setelah dia mengaku bersalah mencederakan L. Nadirah, 27, di Bandar Baru Sentul pada 10 pagi, 5 November lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana dua daripada hukuman itu.

Mahkamah memerintahkan dia menjalani hukuman itu dari tarikh dia ditangkap pada 6 November lepas.

Mengikut fakta kes, tertuduh memaksa bekas teman wanitanya yang bekerja di kedai salun, untuk membuka kata laluan telefonnya, namun wanita itu enggan berbuat demikian menyebabkan tertuduh menampar muka, menendang dan memukul mangsa dengan batang penyapu sehingga menyebabkan kecederaan di dahi dan anggota badan.


Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan dengan alasan dia penanggung tunggal keluarga.

Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zikri Jaafar memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh, yang sepatutnya melindungi orang awam dan bukannya mencederakan mangsa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori