Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Covid-19 : 22,491 Kes,...

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 semalam merekodkan sebanyak 22,491 kes, menjadikan jumlah keseluruhan kes...

BERSATU Akan Hantar Notis...

Kuala Terengganu : BERSATU akan menghantar notis kekosongan kerusi Parlimen kepada Speaker Dewan...

Shafie Tidak Kisah Hilang...

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata beliau...

Remaja Britain Minta Pelancong...

LONDON – Seorang remaja pe­rempuan yang mendakwa dia diberikan dadah, dirogol dan dirompak...

Pengusaha Resort, Pelancong Yakin Kemampuan Esscom

SEMPORNA – Pengusaha pusat peranginan dan para pelancong positif serta yakin dengan kemampuan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) untuk terus menjaga keselamatan di Zon Selamat Pantai Timur Sabah (Esszone) terutamanya di Semporna.

Operator Pelancongan Uncle Chang’s Mabul Sipadan Dive Lodge yang mahu dikenali sebagai Uncle Chang itu berkata Esscom sentiasa meningkatkan tahap kawalan keselamatan terutamanya di pusat-pusat peranginan di daerah ini.

“Sejak insiden di Pulau Mabul pada Julai 2013 itu, Esscom menjaga Pulau Mabul dengan baik…walaupun kita tidak nafikan masih terdapat insiden penculikan yang kini menyasarkan golongan nelayan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama sewaktu kunjungan Persatuan Pengamal Media Tawau ke Pulau Mabul baru-baru ini.

Menurut Uncle Chang, Esscom menjalankan tugas dengan baik dan memantau tahap keselamatan pusat peranginan di daerah ini.

“Pengusaha resort sering berkomunikasi dengan pihak Esscom. Setakat ini, operator dapat meyakinkan pelancong untuk terus berkunjung ke resort-resort di sini yang dikawal rapi oleh Esscom,” katanya.

Dalam pada itu, katanya satu penginapan khas turut dibina bagi memberi kemudahan kepada anggota Esscom yang bertugas mengawal keselamatan di pusat peranginan di Pulau Mabul.

“Ruang penginapan ini dalam proses pembinaan, ini kita beri agar memudahkan mereka membuat rondaan,” katanya lagi.

Sementara itu, seorang pelancong dari Kanada, Benoit Bilodeau berkata kehadiran anggota pasukan keselamatan Malaysia di resort termasuk menjalankan rondaan di perairan pulau itu, membuatnya berasa lebih yakin dan selamat.

“Saya selesa dan gembira di sini. Saya berada di sini selama dua hari dan mungkin akan tinggal beberapa hari lagi di sini. Saya pernah ke Pulau Sipadan untuk aktiviti menyelam,” katanya.


Seorang pelancong China yang ingin dikenali sebagai Li Wei dari Wilayah Hunan berkata beliau dan rakannya berada di Pulau Mabul selama tiga hari dan mereka rasa selamat di pulau itu.

“Saya akan menggalakkan orang datang dan melawat pulau di Semporna,” katanya.

Baru-baru ini, Pegawai Daerah Semporna, Dr. Chacho Bulah ketika ditemui Bernama berkata terdapat peningkatan kedatangan pelancong ke daerah Semporna sepanjang tempoh Januari sehingga Oktober tahun ini.

“Peningkatan memang begitu jelas walaupun terdapat insiden penculikan, tapi tidak begitu mempengaruhi.

“Sebanyak 70 peratus pelancong yang berkunjung adalah warga China kerana mereka suka Semporna,” katanya lagi.

Beliau berkata, pada tahun ini rekod tertinggi kedatangan pelancong dicatat pada bulan Ogos iaitu seramai 26,000 pelancong berkunjung ke daerah ini.

“Rata-rata pelancong asing lebih tertumpu kepada Pulau Sipadan, Mabul, Mataking dan Kapalai manakala pelancong tempatan lebih tertarik ke Bohey Dulang,” katanya lagi. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori