Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Bayi Hampir Mati Tertelan...

BEIJING - Seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan hampir maut selepas tertelan jarum...

2 Lagi Suspek Kes...

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua lagi suspek lelaki disyaki terlibat dalam pergaduhan...

21 Pendatang Vietnam Diseludup...

LONDON - Seramai 21 pendatang haram Vietnam dijumpai bersembunyi dalam sebuah trak yang...

Demi Gambar Selfie Cantik,...

SEORANG gadis berusia 19 tahun maut dilanggar keretapi di Guangdong, China, ketika dia...

Peniaga Katering Derma Petrol 1,500 Penunggang Motor

SUNGAI PETANI – Lebih 1,500 penunggang motosikal sanggup berbaris panjang di sebuah stesen minyak di Tikam Batu, di sini bagi mengisi petrol RON95 secara percuma sejak 6 pagi Jumaat.

Pemberian minyak percuma terbabit disumbangkan oleh seorang peniaga katering yang juga bekas pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Muda, Abdul Ghani Haron yang kini aktif dalam pelbagai kegiatan kebajikan.

Penunggang terdiri daripada pekerja pelbagai sektor yang bekerja di sekitar Sungai Petani malah dari Butterworth dan Perai, Pulau Pinang beratur panjang bagi mengisi minyak percuma dari pukul 6.30 pagi sehingga 10 pagi.

Menurut beliau yang juga mesra disebut Cikgu Abdul Ghani, 60, sumbangan petrol percuma ini adalah sebahagian dari progam sedekah jariah yang dilakukan bersama-sama rakan dalam usaha meringankan beban masyarakat.

“Bukan untuk menjadi popular tetapi sekadar melakukan sedekah jariah. Tidak setakat minyak sahaja yang diberi malah pelbagai barangan lain turut disalur pada mereka yang memerlukan,” katanya kepada pemberita.


Beliau yang ditemui di stesen minyak Shell berkenaan bahkan berkata, setakat pukul 9.30 pagi tadi, sejumlah minyak petrol yang dianggarkan bernilai lebih RM5,000 sudah pun disumbangkan. – MyMetro

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori